Posted in

KINOHIMITSU LANCAR COLLAGEN MEN PRO SEMPENA COLLAGEN DAY KE-8

COLLAGEN MEN PRO

Kinohimitsu Lancar Collagen Men Pro Di Watsons Malaysia, Fokus Penjagaan Lelaki & Kempen “Sayangi Diri Sendiri”

COLLAGEN MEN PRO

Kinohimitsu terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri kecantikan dan kesejahteraan menerusi pelancaran produk terbaharu khas untuk lelaki, Kinohimitsu Collagen Men Pro yang kini tersedia secara eksklusif di Watsons Malaysia.

COLLAGEN MEN PRO

MESEJ – SAYANGI DIRI SENDIRI

Pelancaran ini bukan sahaja menandakan satu lagi inovasi penting dalam penjagaan kecantikan dari dalam, malah turut memperkukuh mesej “Sayangi Diri Sendiri” sempena kempen tahunan ikonik Collagen Day yang kini memasuki tahun ke-8.

Direka khusus untuk lelaki moden dengan gaya hidup pantas, Collagen Men Pro membantu menangani masalah kulit yang sering dihadapi kaum lelaki seperti lebihan minyak, pori-pori besar, kulit dehidrasi dan wajah yang kelihatan lesu.

COLLAGEN MEN PRO

Menariknya, produk ini hadir dalam bentuk sachet harian yang mudah diminum, sekali gus memudahkan rutin penjagaan diri harian tanpa memerlukan langkah yang rumit.

PELANCARAN COLLAGEN MEN PRO

Majlis pelancaran yang berlangsung di One Utama Shopping Centre berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti interaktif dan hiburan khas untuk pengunjung.

KEHADIRAN CHOO HAOREN & GLADISH CHAN

Acara tersebut turut diserikan dengan kehadiran Choo Haoren dan Gladish Chan selain persembahan secara langsung, sesi perkongsian produk bersama pakar serta stesen analisis kulit lelaki yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

COLLAGEN MEN PRO

Menambahkan lagi keterujaan, Choo Haoren turut memperkenalkan video muzik terbaharunya yang membawa mesej “Sayangi Diri Sendiri”, selari dengan kempen Kinohimitsu yang menggalakkan keyakinan diri, penjagaan kendiri dan penerimaan diri dalam kalangan masyarakat moden.

COLLAGEN DAY TAHUN KE-8

Selain pelancaran produk baharu, Kinohimitsu turut meneruskan kempen tahunan Collagen Day yang kini memasuki tahun ke-8. Bertemakan “Sayangi Diri Sendiri”, kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kolagen untuk membantu individu tampil lebih sihat, yakin dan gembira dengan diri sendiri.

COLLAGEN MEN PRO

Kempen tersebut juga menggalakkan lelaki dan wanita memulakan penjagaan kulit serta kesejahteraan tubuh sejak usia muda demi kesihatan jangka panjang.

BUKAN SAJA UNTUK KECANTIKAN TETAPI KESIHATAN

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kinobiotech (M) Sdn Bhd, Dr Jennifer Chin Li Ping, pengambilan kolagen bukan hanya penting untuk kecantikan kulit tetapi turut menyokong kesihatan keseluruhan badan termasuk sendi, rambut dan kesejahteraan umum.

Beliau menegaskan bahawa pengambilan kolagen seawal usia 20-an mampu membantu membina asas kesihatan dan vitaliti kulit yang lebih baik untuk jangka panjang.

COLLAGEN MEN PRO

“Kami mahu meningkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan generasi muda bahawa menjaga kulit dan kesejahteraan diri sejak awal adalah sangat penting. Menyayangi diri sendiri bermula dengan menjaga tubuh dan kesihatan secara menyeluruh,” katanya.

KINOHIMITSU TERUS KUKUH KEYAKINAN DIRI & WELLNESS MODEN

Melalui pelancaran Collagen Men Pro dan kempen Collagen Day, Kinohimitsu terus membuktikan komitmennya dalam memperluaskan portfolio produk yang relevan dengan gaya hidup masa kini.Langkah ini juga mencerminkan evolusi trend penjagaan diri moden apabila semakin ramai lelaki kini mula memberi perhatian terhadap kesihatan kulit, keyakinan diri dan kesejahteraan menyeluruh.

COLLAGEN MEN PRO

Dengan pendekatan lebih inklusif dan mesra pengguna, Kinohimitsu optimis untuk terus menjadi antara jenama pilihan utama dalam industri kecantikan dan wellness di Malaysia.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *