KEMPEN SWEETSVILLE CHRISTMAS 2024 DI MELAWATI MALL, AWESOME!

Krismas kali ini lebih meriah dengan tarikan eksklusif, hadiah Istimewa dan hiburan hebat hanya di Melawati Mall sempena kempen Sweetsville Christmas 2024.

KEMPEN SWEETSVILLE CHRISTMAS

Musim perayaan kembali lagi, dan Melawati Mall (MM) bersedia mencipta momen istimewa buat anda seisi keluarga. Dimana kempen Christmas Sweetsville yang berlangsung dari 22 November 2024 hingga 1 Januari 2025.

Sambutan kali ini menjanjikan pengalaman Krismas yang penuh warna-warni, dengan hiasan dekorasi yang berwarna-warni bertemakan tema gula-gula fantasi yang memukau.

KEINDAHAN SUASANA KRISMAS DI MELAWATI MALL

Kempen ini bukan sahaja menampilkan keindahan suasana Krismas tetapi turut menawarkan aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga. Tambah menarik, Melawati Mall memperkenalkan GAME ON THEMEPARK, taman tema dalaman terbesar di Tingkat 6 yang direka khas untuk hiburan anda!

GAME ON THEMEPARK

TAMAN TEMA PENUH KESERONOKAN

Taman tema ini menampilkan 10 tarikan unik yang pasti memenuhi kehendak semua lapisan umur. Antara tarikan menarik termasuklah Kung Fu District, Dodge Dash Challenge, Let’s Jump, Bubble Bang, Sports Hub.

Ada juga Imagination Playland, Ninja Challenge, e-Sports Gaming Portal, Karaoke Sing On, dan pelbagai lagi. Inilah tempat ideal untuk seisi keluarga, sahabat handai, mahupun peminat cabaran yang mencari pengalaman luar biasa.

TOPDRIFT

ADRENALIN DRIFT KARTING

Bagi anda yang mahukan pengalaman lasak tetapi selamat, TopDrift adalah destinasi wajib! Sesuai untuk semua peringkat umur, aktiviti ini menggabungkan kelajuan dan keseronokan dalam satu pakej. Alami keseronokan drift karting dalaman yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Trek yang direka khas memastikan setiap pusingan mencabar dan mengujakan. Sama ada untuk meraikan hari istimewa atau hanya untuk berseronok di hujung minggu, TopDrift pasti mencipta kenangan manis buat anda dan keluarga.

FANTASY WORLD

SIMULASI 9D UNIK

Masuk ke dunia imaginasi di Fantasy Theatre di Tingkat 5! Alami pengalaman simulasi video 9D yang mendebarkan dengan klip filem pendek yang membawa anda ke pengembaraan yang tidak akan dilupakan.

Fantasy World menjemput anda untuk menikmati pengalaman simulasi 9D yang memukau. Setiap sesi dipenuhi dengan kesan angin, air dan salji yang mengasyikkan.

SAY CHEESE STUDIO

Abadikan momen indah anda dengan sesi fotografi bersama rakan-rakan anda. Tidak cukup dengan itu, taman tema ini turut dilengkapi dengan bilik karaoke peribadi dan pelbagai aktiviti interaktif, menjadikannya destinasi hiburan serba lengkap untuk semua lapisan masyarakat.

GANJARAN SEMPENA KEMPEN SWEETSVILLE CHRISTMAS DI MELAWATI MALL

Musim Krismas tidak lengkap tanpa kejutan hadiah dan aktiviti menarik! Di Melawati Mall, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik serta hadiah istimewa:

HADIAH EKSKLUSIF KRISMAS

  • Belanja RM150 (atau RM80 di mana-mana kedai F&B) untuk menebus MM Christmas Mug yang menarik.
  • Belanja RM300 untuk mendapatkan MM Ceramic Mug bertemakan Krismas.
    • Shop & Win Lucky Draw: Dengan perbelanjaan RM100 ke atas, anda berpeluang memenangi hadiah menarik seperti iPhone 16 Pro, Kerusi Urut Gintell AI, dan banyak lagi.
    • MM Kidz Club: Program eksklusif untuk kanak-kanak yang berusia dari 4-12 tahun. Ianya adalah percuma dan terdapat banyak aktiviti menarik dan promosi yang ditawarkan jika anda mendaftarkan anak-anak anda menjadi ahli MM Kidz Club.

SWEET DEALS : CHEETAH ROADSHOW

  • Nikmati promosi istimewa untuk pakaian bergaya anda sepanjang kempen Krismas ini dan and juga bakal bertemu dengan “Abang Batman” pada 1 dan 28 Disember 2024.

PERSEMBAHAN CANDYLAND

  • Alami persembahan pentas ajaib, nyanyian carol, dan bengkel kreatif untuk menceriakan cuti Krismas anda.

MMKC SPRINKLE OF FUN PARTY

  • Pengembaraan Krismas fantasi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk ahli MM Kidz Club. Acara ini berlangsung pada 28 Disember 2024 jam 11 pagi – 4 petang di| GF, Meranti Court.

HIDANGAN MENARIK UNTUK SEISI KELUARGA

Di Melawati Mall, terdapat pelbagai pilihan makanan yang pasti memenuhi selera anda dan seisi keluarga. Jika anda peminat masakan Cina asli.

GOLDEN VALLEY

Kunjungi Golden Valley yang terkenal dengan hidangan berkonsepkan “Hidangan Cina Muslim Asli” – di sini, anda akan dapat menikmati pelbagai menu klasik yang lazat dengan cita rasa yang asli dan berkualiti tinggi.

CHIZU

Untuk pengalaman makan yang unik dan menyeronokkan, jangan lepaskan peluang ke Chizu, di mana anda bukan sahaja dapat menikmati minuman yang menyegarkan tetapi juga mencuba hidangan kreatif yang pasti menarik perhatian.

Kafe konsep Jepun yang berasal dari Malaysia ini terkenal dengan minuman berasaskan buih keju yang unik dan pastri yang enak. Musim Krismas kali ini, mereka memperkenalkan rangkaian biskut lembut baharu yang pasti menggoda selera anda.

QCC BAKED

Selain itu, jika anda ingin mencuba sesuatu yang terkenal dari Sabah, singgah di QCC Baked, kedai pencuci mulut yang menyajikan pelbagai pilihan lazat. Seperti yogurt diraja, biskut segar dan tart telur yang lembut – semuanya dengan rasa yang pasti memikat! Serius, “yummy bahhh!”

Jadi, apa lagi? Datanglah ke Melawati Mall dan nikmati pengalaman kulinari yang pelbagai dan mengujakan ini bersama keluarga!

Ternyata, Melawati Mall kali ini membawa anda ke dunia penuh keajaiban Krismas. Sama ada untuk membeli hadiah, menikmati suasana indah, atau mencipta kenangan bersama keluarga, pasti ada sesuatu untuk semua. Jangan lepaskan peluang ini – jadikan sambutan Krismas anda tahun ini lebih istimewa!

Jadi, tunggu apa lagi? Jemput keluarga dan rakan-rakan anda untuk merasai magis Krismas di Melawati Mall. Jom cipta memori indah bersama!Musim perayaan kembali lagi, dan Melawati Mall (MM) bersedia mencipta momen istimewa buat anda seisi keluarga dengan kempen Christmas Sweetsville yang berlangsung dari 22 November 2024 hingga 1 Januari 2025.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge