KEMPEN MYDIN – BANGGA BUATAN LOKAL DI LANCARKAN!

Kempen MYDIN – Bangga Buatan Lokal pertingkatkan jualan dan promosi produk tempatan, terbaik!

KEMPEN MYDIN – BANGGA BUATAN LOKAL

Kempen ini adalah hasil usahasama antara MYDIN dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sempena Kempen Beli Barangan Malaysia 2024.

Majlis pelancaran kempen tersebut telah disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Senator Dr. Hajah Fuziah Salleh.

KEMPEN MYDIN ‘BANGGA BUATAN LOKAL’ DI LANCARKAN!

Pelbagai promosi barangan dan aktiviti menarik turut ditawarkan sepanjang kempen berlangsung bagi meningkatkan jualan dan mempromosi produk keluaran tempatan.

UTAMA PILIHAN TEMPATAN

“ Kami di MYDIN amat mengutamakan pemilihan produk tempatan bagi bantuan kotak makanan untuk program-program tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan.

KEMPEN MYDIN ‘BANGGA BUATAN LOKAL’ DI LANCARKAN!

Di samping itu juga, MYDIN melalui inisiatif MYDIN Prihatin turut menyumbang baucar tunai bernilai RM500 kepada 40 peniaga kecil sebagai bantuan kewangan bagi perniagaan mereka”.

-kongsi Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin.

KARNIVAL JUALAN BANGGA BUATAN LOKAL

Bagi menambah kemeriahan, Karnival Jualan Bangga Buatan Lokal turut berlangsung pada 19 sehingga 22 Disember 2024 di MYDIN USJ. Beri peluang kepada usahawan-usahawan tempatan membuka reruai jualan bagi mempromosi dan memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai.

KEMPEN MYDIN ‘BANGGA BUATAN LOKAL’ DI LANCARKAN!

SEMINAR KEUSAHAWANAN

Turut berlangsung pada 20 Disember, Seminar Keusahawanan Bangga Buatan Lokal yang membariskan tokoh usahawan yang telah berjaya bagi berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada usahawan-usahawan baharu untuk kekal berdaya saing dan menjadi usahawan yang berilmu.

KEMPEN MYDIN ‘BANGGA BUATAN LOKAL’ DI LANCARKAN!

LAGU KORPORAT DI MATA DUNIA

Dalam majlis pelancaran tersebut, MYDIN turut melancarkan lagu korporat baharu berjudul ‘Di Mata Dunia’ ciptaan komposer Amirah Ali dan penulis lirik Shah Shamshiri yang dinyanyikan penyanyi terkenal tanah air Ayu Damit.

Orang ramai boleh melayari laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2024.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge