Seperti tahun-tahun sebelum ini, kempen ‘Golden Ticket’ membuka tirainya terdahulu bersama-sama rakan media dan pempengaruh ternama pada 10 Mei lalu.
KEMPEN ‘GOLDEN TICKET’ SURIA KLCC
Lebih daripada 40 media hadir dan akhirnya media daripada Sinar Harian berjaya mendapat Golden Ticket yang membawa pulang hadiah RM5,000 dalam bentuk e-baucar beli-belah. Manakala dan seorang pempengaruh memenangi Silver Ticket membawa pulang selendang eksklusif dari Fendi.
SILVER TICKET
Penampilan ‘Silver Ticket’ ini bakal memukau pengunjung dengan inspirasi sentuhan mewah. Bagi mereka yang berjaya mencabut ‘Silver Ticket’ ini, mereka akan memenangi barangan mewah terkemuka.
Antaranya termasuklah sebentuk gelang Bvlgari, dompet wanita Dior, selendang eksklusif Fendi, beg selempang Gucci, pengering rambut Dyson, rantai emas Luk Fuk.
Juga telefon pintar iPhone 15 Pro, kerusi urut Osim, dompet Prada, beg selempang Saint Laurent, Samsung Galaxy Z- Flip 5, rantai berlian Tomei, dan beg bagasi Tumi.
DIBUKA MULAI 11 MEI
Kempen ini turut dibuka kepada pengunjung yang membeli-belah di Suria KLCC bermula dari 11 sehingga 26 Mei. Cabutan bagi Golden Ticket dan Silver Ticket ini dilakukan pada setiap hari. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasib anda dengan membeli-belah di Suria KLCC.
TEMA KARNIVAL
Menarik tahun ini adalah dekorasi kempen bertemakan suasana karnival yang ceria dengan beberapa aktiviti permainan yang menarik, lebih-lebih lagi pada hujung minggu disediakan aktiviti lukisan muka serta belon pusing.
100 pembeli pertama untuk setiap hari akan menerima sebuah token hadiah. Turut disediakan kios foto bagi anda yang ingin merakam detik keriangan dan ia disediakan secara percuma.
WALL OF WINNERS
Pembeli hanya perlu berbelanja RM1,000 dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih dan berpeluang menyertai kempen ini. Semua pemenang ‘Golden Ticket’ dan ‘Silver Ticket’ akan diraikan di “Wall of Winners” yang mana foto dan video mereka akan dipaparkan di skrin berputar di Centre Court.
Para pembeli akan menerima undangan untuk merasai suasana riang taman karnival, di mana mereka boleh mengambil bahagian dalam perlbagai aktiviti karnival sepanjang tempoh kempen berlangsung.
Para pembeli juga berpeluang untuk merakam detik berharga di kios foto yang mana mereka juga akan mendapat salinan foto tersebut secara percuma.
TAHUN KE-5 GOLDEN TICKET
Seiring dengan pelancaran edisi kelima kempen The Golden Ticket ini, kami berbesar hati untuk meneruskan tradisi kami dalam mencipta memori dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami.
Kempen ini menjadi lebih istimewa apabila setiap pelanggan adalah pemenang! Kami amat komited dalam memastikan para pelanggan kami berpeluang untuk menikmati pengalaman beli-belah yang lebih bermakna selain dari melihat usaha ini sebagai sebuah budaya beli-belah yang sihat di Kuala Lumpur,”
-ucap Francis Tan, Ketua Pengarah Urusan, Suria KLCC Sdn Bhd.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan ‘The Golden Ticket’ dalam talian, yang menawarkan hadiah menarik di platform media sosial Suria KLCC.