KEMPEN 2 JUTA BANGKIT BELAJAR BERSAMA PTTI BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bukan baru setahun tetapi sudah memasuki lima tahun. Lima tahun mengukuhkan jenamanya sebagai pusat peningkatan akademik.

Selain itu juga pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). PTTI terus dedikasi meneruskan misinya.

KEMPEN 2 JUTA BANGKIT BELAJAR


Terbaru, jenama popular dalam dunia pembelajaran itu melancarkan kempen 2 Juta Bangkit Belajar baru-baru ini. 

TEMA KEMPEN


Bertemakan ‘Berjuta Kejayaan Bermula dengan Langkah Pertama’. Usaha pusat ilmiah itu dilihat sentiasa mahu menggalakkan pelajar terus belajar walau dalam apa jua situasi termasuk mengharungi pandemik COVID-19.

Sinonim dengan calon SPM selama ini, bagaimanapun inisiatif baru dianjurkan sebaliknya terbuka kepada pelajar tingkatan 1 hingga lima.

PTTI BETTER RESULT


Sasaran 2 juta pelajar itu diberi secara percuma untuk belajar dalam talian. Ianya menerusi aplikasi pembelajaran, PTTI Better Result selama sebulan.

“Bermula 27 Oktober hingga 27 November depan, kita buka kuota belajar percuma dalam talian untuk 2 juta pelajar ini. Kita sedar ramai golongan ini terkesan akibat pandemik dan terus bangkit membiasakan fasa peralihan endemik.


“Mereka dari tingkatan satu hingga lima, boleh memuat turun aplikasi PTTI Better Result. Selepas itu boleh belajar secara ‘live’ mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kita bagi percuma sebulan ini sebagai rangsangan kepada usaha tak kenal jemu membantu pelajar. Lagipun pembelajaran dalam talian sudah menjadi ‘trend’ dan tuntutan semasa saat ni,”

– Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali Cikgu Fana 

BUKA PELUANG PADA PELAJAR LAIN?


Kenapa membuka peluang kali ini kepada pelajar lain dan bukannya calon SPM? Cikgu Fana percaya usaha belajar awal itu tidak pernah menjadi satu kerugian.

“Sebab kita nampak lagi awal pelajar itu mula  belajar, makin mudah dan cepat untuk mereka ini menjadi cemerlang. Dengan rekod kejayaan membantu pelajar SPM, kita percaya PTTI boleh bantu lebih ramai lagi pelajar untuk cemerlang dalam pembelajaran.


“Misi kita sendiri mahu menawarkan pembelajaran yang konsisten menerusi teknik mudah. Ini untuk meningkatkan kefahaman dan prestasi dalam pembelajaran pelajar.

“Kita menyeru semua pelajar mengambil peluang untuk skor dalam pembelajaran kerana mereka ini mampu untuk mendapat keputusan cemerlang,”

-sambungnya lagi.

IMAN TROYE SEBAGAI DUTA


Serentak dengan kempen itu, penyanyi muda popular Iman Troye turut diumumkan sebagai duta pusat ilmiah berkenaan.

Pada majlis sama, penyanyi yang meledak dengan lagu Teman itu turut melakukan simbolik pelancaran single keduanya berjudul Nang.


“Kita kali pertama menggunakan khidmat dan pengaruh Mira Filzah sebagai duta. Seterusnya sejak awal tahun ini, anggota K-Clique, MK pula mengambil alih posisi itu.

“Sejak September lalu, Iman turut dipelawa sebagai duta selama setahun. Jadi sekarang kita ada dua duta, MK dan Iman,” katanya.

KENAPA IMAN?

Cikgu Fana menambah, Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin dilihat mempunyai kredibiliti dan tarikan untuk menarik lebih ramai pelajar untuk skor.


“Iman pun pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Saya dapat tahu, dia antara pelajar yang cemerlang dan mendapat sijil dekan.

“Dia memang boleh jadi inspirasi kepada pelajar lain. Malah Iman turut merakamkan lagu jingle 30 saat berjudul Pilih PTTI yang disadur daripada lagu popularnya, Teman,” katanya.


Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah pelajar cemerlang SPM 2020. Layari PTTI di

Website | Facebook

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge