Restoran Vegetarian Hidang Mee Bersama Ketulan Daging, Rupanya…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Restoran Vegetarian Hidang Mee Bersama Ketulan Daging, Rupanya...| Bayangkan yang anda sedang menikmati hidangan mee kemudian diberitahu yang ada daging manusia didalamnya. Bagaimana pula jika anda sepatutnya menikmati hidangan mee di Restoran Vegetarian tetapi terjumpa ketulan daging didalamnya.

Pasti anda pelik dan hairan bukan? Sepatutnya tiada daging dimasak sekali. Hakikatnya inilah yang terjadi baru-baru ini dimana salah seorang pelanggan yang makan di Restoran Vegetarian melaporkan kepada pihak polis tentang salah satu hidangan yang dinikmati mempunyai ketulan daging di bandar Bangkok.

Polis mengambil laporan ini dan menuju ke Restoran Vegetarian untuk melihat sendiri dan membuat serbuan. Sewaktu polis ke sini, bos restoran ini didapati hilang dan restoran ditinggalkan begitu sahaja.

Kedai Makan Kantoi Guna Daging Manusia Dalam Hidangan Mee

Dalam serbuan yang dilakukan oleh pihak polis mendapati yang ketulan daging itu bukan daging lembu tetapi daging manusia.

Sewaktu pemeriksaan bukan sahaja ketulan daging dijumpai tetapi, pihak polis mendapati percikan darah di dinding di bahagian memasak restoran dan jua beberapa cebisan daging manusia berselerak di atas lantai. Gelinya!!!

Kedai Makan Kantoi Guna Daging Manusia Dalam Hidangan Mee

Rupanya daging manusia itu milik seorang lelaki yang berusia 61 tahun yang telah dibuang dalam tangki di sekitar restoran makan itu. Mayat yang dijumpai dalam keadaan tidak sempurna dikenal pasti sebagai Prasit Inpathom.

Kedai Makan Kantoi Guna Daging Manusia Dalam Hidangan Mee

Menurut laporan, Prasit merupakan pelanggan tetap di Restoran Vegetarian dan kali terakhir dilihat sedang meminum arak di sini pada 21 Oktober lalu. Berlaku perselisihan faham diantara Prasit dengan bos Restoran Vegetarian itu. Prasit dipukul di bahagian kepala dengan objek yang tumpul dan polis mengesahkan ada beberapa kesan tikaman dibadannya.

Untuk menghapuskan mayat tersebut, bos tersebut mengambil tindakan untuk memasak dan menghidangkan daging itu didalam hidangan kepada pelanggannya. Tetapi terlupa yang restorannya menghidangkan makanan ‘vegetarian’.

Cuba untuk mengisar daging manusia dan masukkan kedalam hidangan dengan harapan tiada yang mengetahuinya. Tiada media yang dapat mengesahkan ada ke tidak pelanggan yang sudah memakan daging manusia di Restoran Vegetarian  itu.

‘Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’

Sumber: DailyUK

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge