AEON MALL ACTIVE BEAT 3.0 BERSAMA EDWIN VAN DER SAR, APA YANG BEST!

Siapa peminat Edwin van der Sar, Meh angkat tangan sikit nak tengok ramai ke tak? Kalau ada jemputan untuk bersama dengan selebriti nie nak tak join di Active Beat 3.0?

AEON MALL ACTIVE BEAT 3.0

Ingin alami pengalaman membeli-belah yang penuh aktiviti sihat dan ganjaran menarik?Terbaru, AEON Mall kembali dengan acara ikonik mereka – “Active Beat 3.0”. Berlangsung dari 15 Julai hingga 31 Ogos 2025.

Apa yang lebih istimewa untuk tahun ini adalah dengan kehadiran penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar sewaktu sesi eksklusif Meet & Greet!

JOM JUMPA EDWIN VAN DER SAR DI AEON MALL

Bagaimana ingin sertai seisi Meet & Greet bersama Edwin van der Sar? Boleh ke bergambar dengannya! Mana tak kan antara penjaga gol terbaik dunia

Untuk melayakkan diri menyertai sesi “Meet & Greet” bersama Edwin van der Sar, anda hanya perlu:
– Berbelanja minimum RM200 (untuk pemegang kad Maybank)
– Atau RM280 (untuk bukan pemegang kad Maybank)
– Gunakan tiga (3) resit pada hari yang sama daripada mana-mana penyewa di AEON MALL.

Tempat adalah terhad dan diberikan berdasarkan siapa cepat dia dapat. Tertakluk pada terma & syarat.

JADUAL EDWIN VAN DER SAR DI AEON MALL

1 Ogos 2025 (Jumaat):
• 2:00 PM – AEON MALL Bukit Mertajam
• 6:30 PM – AEON MALL Ipoh Station 18

2 Ogos 2025 (Sabtu):
• 2:00 PM – AEON MALL Bukit Tinggi
• 5:30 PM – AEON Taman Maluri Shopping Centre

3 Ogos 2025 (Ahad):
• 12:00 PM – AEON MALL Tebrau City
• 6:00 PM – AEON MALL Nilai

Okay, jangan lupa sediakan kamera dan jersi Manchester United anda!

PERADUAN “SPEND & WIN!” BERNILAI RM10,000

AEON MALL juga bekerjasama dengan Al-Ikhsan Sports untuk menghadiahkan barangan eksklusif bernilai RM10,000, termasuk 41 merchandise istimewa ditandatangani Edwin van der Sarsendiri!

CARA PENYERTAAN:

  1. BELANJA – Minimum RM100 di mana-mana cawangan Al-Ikhsan Sports dalam satu resit.
  2. HANTAR PENYERTAAN – Imbas kod QR, isi borang dan muat naik resit anda.
  3. MENANG – Tunggu pengumuman dan semoga anda salah seorang yang bertuah!

RAKAN KERJASAMA ACTIVE BEAT 3.0

AEON MALL berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama-jenama ternama bagi menjayakan acara ini antaranya  Maybank, Al-Ikhsan Sports, OPPO, Focus Point, Nando’s, Tim Hortons, Toy World, LokalTeez, Inner Casual (IC)

JOM RAMAI-RAMAI MERIAHKAN!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara penuh semangat ini. Dari aktiviti sihat, ganjaran istimewa hingga ke pengalaman bertemu lagenda bola sepak dunia! Sama ada anda penggemar bola sepak tegar atau hanya ingin luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan, AEON MALL “Active Beat 3.0” adalah destinasi wajib anda sepanjang Julai dan Ogos ini.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi AEON MALL atau ikuti media sosial mereka.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *