KAMISEMPOI GOLDEN AWARD 2025: LIVE STREAMING JADI KERJAYA

KamiSempoi Golden Award 2025 kini kembali 21 kategori dipertandingkan, KamiSempoi Premier Academy pula bakal melahirkan bakat live streaming berstandard profesional

KAMISEMPOI GOLDEN AWARD 2025

Dunia live streaming di Malaysia semakin berkembang dan bukan lagi sekadar ruang untuk hiburan atau mencipta kandungan secara spontan. Perkembangan itu turut membuka peluang baharu sebagai satu kerjaya dalam ekonomi digital.

TAHUN KEEMPAT

Melihat potensi tersebut, KamiSempoi International Agency (KSIA) kembali menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2025 buat tahun keempat berturut-turut bagi menghargai pencapaian pencipta kandungan digital dan hos TikTok LIVE dari Malaysia serta rantau Asia Tenggara.

Acara kemuncak KamiSempoi Golden Award 2025 dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos 2026 di Glitz Gala Ballroom, Pusat Perdagangan Mines 2, Mines Wellness City, Seri Kembangan, dengan sokongan penaja M Route dan MK Media Studios.

KAMISEMPOI GOLDEN AWARD 2025

Lebih menarik, penganjuran tahun ini bukan sekadar mengenai trofi dan pengiktirafan. KSIA mahu menggunakan platform tersebut untuk membawa industri live streaming ke arah yang lebih tersusun, berkualiti dan profesional.

21 KATEGORI RAIKAN PENCAPAIAN INDUSTRI LIVE STREAMING

Sebanyak 21 kategori dipertandingkan pada edisi kali ini, merangkumi pelbagai pihak dalam ekosistem KSIA. Daripada jumlah tersebut, 13 kategori dikhususkan kepada Live Host, tiga kategori untuk Sub Agency, selain kategori Gifter dan Main Sponsor.

TIGA PENGIKTIRAFAN UTAMA

Tiga pengiktirafan utama turut diberikan mengikut pasaran iaitu Top Host Malaysia, Top Host Singapore dan Top Host Indonesia. Perkembangan tersebut mencerminkan skala komuniti KSIA yang semakin besar. Ketika ini, agensi berkenaan mempunyai kira-kira 4,300 live host di Malaysia, 1,500 di Indonesia dan 200 di Singapura.

PAKCIK CHIN SWEE

Menurut CEO KamiSempoi International Agency (KSIA) dan Live Host TikTok, Pakcik Chin Swee, penganjuran anugerah berkenaan bukan sekadar mahu meraikan populariti seseorang hos. Sebaliknya, ia merupakan satu bentuk penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang kepada perkembangan ekosistem live streaming.

“KamiSempoi Golden Award kita adakan untuk menghargai semua pihak dalam ekosistem kami. Bukan sahaja live host, tetapi juga sub-agency, gifter dan rakan penaja yang memainkan peranan masing-masing.

KAMISEMPOI GOLDEN AWARD 2025

“Kami mahu mereka tahu bahawa kerja keras dan pencapaian mereka dihargai. Pada masa sama, anugerah ini juga menjadi motivasi kepada lebih ramai live host untuk meningkatkan prestasi mereka,” katanya.

Bagi edisi kali ini, KSIA mengambil pendekatan lebih teliti dalam pemilihan hos yang akan berada di pentas KamiSempoi Golden Award 2025. Antara aspek yang diberikan perhatian ialah diamond achievement, pencapaian LIVE, komitmen serta perkembangan hos dalam ekosistem KSIA.

Menurut Pakcik Chin Swee, pendekatan tersebut penting bagi mewujudkan budaya yang lebih berorientasikan pencapaian dalam kalangan live host.

ACHIEVEMENT YANG DI NILAI

“Tahun ini kita betul-betul pilih host yang akan menyertai acara ini. Kita mahu mereka yang berada di pentas itu mempunyai pencapaian yang boleh dibanggakan.

“Antara perkara yang kita lihat ialah diamond achievement dan live achievement. Jadi ia bukan semata-mata kerana seseorang itu popular, tetapi kerana mereka benar-benar menunjukkan prestasi dan usaha,” jelasnya.

KSIA MAHU LIVE STREAMING MALAYSIA LEBIH PROFESIONAL

Perkembangan industri live streaming di rantau Asia turut menjadi inspirasi kepada KSIA untuk meningkatkan standard penghasilan kandungan LIVE di Malaysia.

Pakcik Chin Swee melihat perkembangan platform seperti Douyin di China sebagai contoh bagaimana live streaming boleh berkembang menjadi sebuah industri kandungan yang mempunyai elemen produksi lebih besar.

TINGKATKAN KUALITI LIVE STREAMING

Menurut beliau, Malaysia masih mempunyai ruang yang luas untuk meningkatkan kualiti live streaming dari aspek teknikal dan persembahan.

“Kalau kita lihat Douyin di China, mereka sudah jauh ke hadapan. Saya boleh katakan mereka mungkin sudah 10 hingga 12 tahun lebih advance daripada kita.

KAMISEMPOI GOLDEN AWARD 2025

“Di sana, orang buat LIVE sudah macam sebuah rancangan televisyen. Malah ada live yang mempunyai produksi sangat besar, termasuk konsert dan pelbagai bentuk persembahan.

“Kita di Malaysia masih mempunyai banyak ruang untuk improve. Kalau kita mahu bersaing, kita perlu mula bergerak ke arah live streaming yang lebih profesional,” katanya.

BANYAK ASPEK PERLU PERHATIAN

Antara aspek yang perlu diberikan perhatian termasuk live setup, kamera, PC, sistem audio, pencahayaan, grooming, penampilan, kandungan, komunikasi dan cara hos berinteraksi dengan penonton.

Bagi KSIA, kebolehan bercakap dan menghiburkan penonton hanyalah asas. Kualiti keseluruhan produksi serta cara seseorang hos membina pengalaman penonton juga semakin penting.

KAMISEMPOI PREMIER ACADEMY

BAKAL LAHIRKAN BAKAT BAHARU

Usaha memperkemaskan industri ini turut diteruskan menerusi KamiSempoi Premier Academy, yang dirancang sebagai platform pembangunan bakat untuk melahirkan live streamer berstandard profesional.

Pendekatan ini dilihat sebagai langkah penting kerana semakin ramai individu melihat live streaming sebagai sumber pendapatan dan peluang kerjaya dalam ekonomi digital.

KAMISEMPOI GOLDEN AWARD 2025

Daripada kemahiran komunikasi, pengendalian LIVE, penghasilan kandungan hinggalah aspek teknikal dan persembahan, latihan yang lebih sistematik boleh membantu bakat baharu memahami bahawa kejayaan dalam live streaming memerlukan lebih daripada sekadar mempunyai ramai pengikut.

DARI ANUGERAH KEPADA KERJAYA MASA DEPAN

Selepas empat tahun penganjuran, KamiSempoi Golden Award kini bergerak melangkaui fungsi sebagai acara penghargaan tahunan. Ia turut menjadi platform untuk KSIA memperlihatkan visi terhadap masa depan industri live streaming Malaysia dan Asia Tenggara.

Dengan komuniti sekitar 6,000 live host di Malaysia, Indonesia dan Singapura, KSIA melihat potensi industri tersebut masih sangat besar.

MATLAMAT LAHIRKAN LEBIH RAMAI STREAMER MALAYSIA

Pakcik Chin Swee berkata, matlamat akhirnya adalah untuk melahirkan lebih ramai live streamer Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kami mahu orang melihat live streaming sebagai satu kerjaya profesional.”

Perkembangan ini menunjukkan bagaimana dunia digital terus mengubah landskap pekerjaan dan industri kreatif. Jika dahulu pencipta kandungan mungkin dilihat sekadar sebagai personaliti media sosial, hari ini live streaming semakin berkembang menjadi satu bidang yang memerlukan kemahiran, disiplin, kreativiti dan profesionalisme.

KamiSempoi Golden Award 2025 bakal menjadi antara pentas yang meraikan perkembangan tersebut apabila komuniti live streaming Malaysia, Indonesia dan Singapura berkumpul pada 28 Ogos ini.