KAFE KWAN KEE DARI HONG KONG KINI DI MALAYSIA, BEST!

KAFE KWAN KEE DARi HONG KONG KINI DI MALAYSIA, BEST! Jika anda pernah ke Hong Kong pastinya anda tahu akan antara kafe pencuci mulut yang terkenal di sana. Pencuci mulut yang dibuat sendiri mendapat sambutan dan kini membuka cawangan barunya di sini.

KAFE KWAN KEE

Bukan baru di Hong Kong, dimana disana memang terkenal dengan hidangan pencuci mulut. Dikatakan sudah menjalankan perniagaan ini lebih dari 50 tahun.

Ada yang dikatakan sanggup terbang ke sana hanya untuk menikmati hidangan ini dimana ia mempunyai keistimewaan-nya tersendiri.

DIBUKA DI PETALING JAYA

Kali ini tidak perlu terbang ke Hong Kong semata-mata untuk menikmati hidangan ini. Cawangan pertama telah di buka di 14, Jalan SS 2/67, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

SIAPA DISEBALIK TABIR?

Fu Kwan adalah orang yang bertanggungjawab akan hidangan yang ada di Kwan Kee sejak 1965. Kemudian diambil alih oleh generasi kedua iaitu Fu Wing Cheung.

Akan tetapi kesihatan Fu Wing Cheung yang tidak berapa sihat diberikan kepada anak nya untuk meneruskan perniagaan keluarga ini tetapi menolak.

Untuk mengekalkan jenama yang telah diusahakan, kini diambil alih oleh Sundy Chim- serorang perintis yang dipercayainya.

KONGSI SUNDY CHIM

Ya, memang betul. Saya yang mengusahakan sekarang. Walaupun sudah bertukar nama, saya masih lagi mengekalkan nama Kwan Kee dan hidangan jua tradisi yang telah diusahakan sejak setengah abad.

DIIKTIRAF OLEH MICHELIN GUIDE HONG KONG

Kwan Kee adalah antara makanan tepi jalanan atau lebih dikenali ‘food street’. Walaupun sebegini jangan pandang sebelah mata tau.

Disarankan oleh Michelin Guide Hong Kong selama 6 tahun berturut-turut dari tahun dari 2016 hingga 2021. Ini adalah satu pencapaian besar buat Kwan Kee.

BAHAN UTAMA

Kwan Kee masih mengamalkan cara lama/ tradisional untuk mengisar tepung beras yang menjadi bahan utama dalam hidangan ini. Pencuci mulut yang ada di buat setiap hari dan tepung yang digunakan akan dikisar secara tradisional.

“Dibuat setiap hari untuk menjamin kesedapan dan kesegaran malah masih juga mengekalkan resipi yang sama.

“Tepung beras dikisar setiap hari untuk membuat manisan tanpa menggunakan tepung beras yang dibeli dari kedai dan menggunakan mesin pengisar tepung tradisional,”

ANTARA YANG ADA

Masih dengan menu yang sama iaitu Kek Rice Bowl, Kek Bijan Kukus, .Kek Span Gula Putih dan Kek Kacang Merah yang menjadi pilihan semua.

Kek Kacang Merah – kelainan pada rasa sebab ianya ‘stim’ dan bukan di goreng atau dibakar.

Kek Rice Bowl – yang ini memang menarik perhatian dari sejak mula masuk ke kedai. Mana taknya ianya berbentuk bulat dan comel. Yang warna perang – ialah gula perang, yang putih menggunakan gula putih.

Lagi sedap yang warna perang sebab dia tidak berapa manis

Kek Black Sesame Roll – warna hitam seperti namanya. Jika anda penggemar ‘sesame’ atau bijian pasti ini anda suka.

Kek Span Gula Putih – seakan sama dengan kuih tradisional. Bentuk seperti kuih gula hangus tetapi bewarna putih kerana mengggunakan gula putih. Cara masak pula adalah ‘stim’

Tidak lembik, tidak kenyal mahupun manis. Sedap di makan bila panas

GUNA MUSANG KING

Untuk cawangan di Malaysia, menu manisan istimewa iaitu Kek Beras Durian yang menggunakan durian Musang King diperkenalkan.

HALAL KE TAK?

Persoalan yang paling utama dan wajib dipersoalkan apabila sesebuah kafe atau kedai yang baru dibuka adakah ia halal?

Memandangkan Kafe Kwan Kee di Malaysia lebih kepada ‘muslim friendly’ semestinya ia dalam proses untuk mendapat sijil pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dalam penggunaan bahan yang digunakan pula ianya adalah dari pembekal yang mempunyai sijil Halal dari pihak JAKIM.

Walaupun panjang beratur dan masa menunggu dalam 30min-45 minit tetapi berbaloi. Tak percaya cuba sendiri.

Bagi mereka yang ingin mencuba hidangan manisan dari Hong Kong ini boleh berkunjung ke kafe Kwan Kee yang beralamat di 14, Jalan SS 2/67, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge