KAFE 28 STUDIO KL, APA YANG BEST?

Kafe 28 Studio KL Lokasi Lepak Santai Yang Membangkitkan Inspirasi

KAFE 28 STUDIO KL

Bakal menjadi salah satu lokasi untuk lepak santai bersama rakan-rakan mahupun mereka yang gemarkan kopi. Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi destinasi wajib singgah dengan perasmian kafe 28 Studio KL.

Bertapak di 9-1, Jalan 24/6, Taman Setapak Indah, kafe ini memperkenalkan satu konsep baharu yang menggabungkan bukan sahaja suasana estetik, malah mereka menyediakan ruang komuniti berskala kecil dan studio foto layan diri.

KOPI BERKUALITI

Dibuka dari 12 tengah hari sehingga 1 pagi, kafe ini menawarkan tempat lepak yang chill, kopi berkualiti dan suasana mesra. Ini menjadikan 28 Studio KL bukan sekadar sebuah kafe, malah ianya adalah ruang yang membangkitkan inspirasi serta mendukung interaksi yang bermakna.

SIAPA QISTINA DI SEBALIK 28 STUDIO KL

Diasaskan oleh Qistina Batrisyia Binti Ahmad Nizam, 28 Studio KL ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi sebuah kafe yang selesa dan menarik, untuk menikmati suasana, mengeratkan hubungan, dan mencipta kenangan.

“28 Studio KL ialah kafe yang lahir daripada impian yang kini menjadi kenyataan. Ia dicipta sebagai ruang untuk orang ramai berhubung, berkongsi momen, dan menikmati secawan kopi yang disediakan dengan penuh perhatian. ‘28’ membawa makna permulaan baharu bagi saya dan ayah, dan saya berharap ia turut menjadi sumber inspirasi kepada setiap pelanggan yang melangkah masuk” 

-ujar Qistina.

INTERIOR KAFE MENARIK

Menariknya, keseluruhan interior kafe ini direka oleh ayah Qistina sendiri, Ahmad Nizam Mansjur, yang juga pemilik syarikat Kayuk Sdn Bhd. Seluruh ruang kafe ini menampilkan elemen kayu, pencahayaan semula jadi dan estetika moden yang membangkitkan rasa intimasi yang menenangkan jiwa.

BAGI DZILI EMPIRE

Pelancaran ini turut menerima kehadiran rakan strategik, Dzili Empire, yang memainkan peranan penting dalam pemasaran dan pembangunan jenama 28 Studio KL. 

“Kami sangat bangga dapat menyokong projek yang bukan saja cantik secara visual, tetapi mempunyai nilai komuniti yang kuat,” 

-ujar Dzili.

PELUKIS KONTEMPORARI

Antaranya pelukis kontemporari seperti Univorso, PocketQa, SITIS, Arif Khan dan Nazrul Jalil. yang karya mereka menghiasi dinding-dinding kafe, menjadikannya seperti galeri mini yang hidup. Para tetamu juga tidak melepaskan peluang bergambar di sudut khas bertemakan semangat permulaan baharu, yang selari dengan visi 28 Studio KL.

Pelancaran ini turut menerima kehadiran rakan strategik, Dzili Empire, yang memainkan peranan penting dalam pemasaran dan pembangunan jenama 28 Studio KL. 

“Kami sangat bangga dapat menyokong projek yang bukan saja cantik secara visual, tetapi mempunyai nilai komuniti yang kuat,” 

-ujar Dzili.

Sementara itu, menu minuman seperti Matcha Pinkzz (Strawberry Matcha) menjadi pilihan utama hari ini, dengan ramai pelanggan berkongsi ulasan positif di media sosial.

28 Studio KL bukan hanya destinasi santai, tetapi juga ruang yang boleh ditempah untuk pelbagai acara kecil; termasuk studio layan diri dan ‘28 Den’ untuk sesi eksklusif.

Kafe ini adalah mesra kanak-kanak, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur. Dengan pelancaran rasmi hari ini, 28 Studio KL memperkenalkan konsep ruang santai yang menggabungkan elemen seni, kopi dan komuniti; menjadikan setiap kunjungan sebagai pengalaman yang lebih daripada sekadar minum kopi.

Untuk maklumat lanjut mengenai 28 Studio KL, ikuti akaun media sosial rasmi mereka @28studioKL di Instagram dan TikTok.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge