JOLS LUXE & CHE TA BERGABUNG BANTU WANITA, AMAZING!

JOLS LUXE & CHE TA BERGABUNG BANTU WANITA, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sempena Hari Wanita, Jols Luxe Fabrics bergabung bantu wanita di luar sana.

JOLS LUXE FABRICS

JOLS LUXE FABRICS merupakan Kilang Percetakan Tudung dan Kain ‘PILIHAN UTAMA FOUNDER’. Memfokuskan kepada percetakan tudung dan kain jenama sendiri buat founder-founder fesyen di Malaysia dan luar negara.

Kini langkah besar dengan berkolaborasi bersama pelakon popular Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta.

SEMPENA HARI WANITA

Sebanyak 13 koleksi tudung telah dilancarkan sempena Hari Wanita Sedunia dimana ianya direka khas sempena Hari Wanita Sedunia.

Edisi kali ini direka sendiri dengan merujuk pada personaliti Che Ta. Terdapat gabungan konsep-konsep yang menggambarkan ciri-ciri seorang wanita.

REKAAN KHUSUS UNTUK CHE TA?

“Semua rekaan dibuat selepas menyelidik karakter Che Ta. Che Ta ini nampak saja macam seorang diva tapi tidak selepas mengenalinya.

“Dia seorang yang menepati masa dan bekerja dengan bersungguh-sunggu. Sebab itu dia wajah yang sesuai mewakili jenama kami bagi kempen sambutan Hari Wanita Sedunia hari ni,”

-katanya.

KENAPA MEMILIH CHE TA?

“Kami memilih Rozita Che Wan sebagai ikon dalam koleksi JOLS untuk kali ini. Ini kerana beliau merupakan seorang wanita berjaya kerana menceburi pelbagai kerjaya.

“Beliau juga seorang business woman, pelakon dan brand ambasador yang telah melalui pelbagai fasa dalam hidupnya. Tetapi masih bangkit menjadi seseorang yang luar biasa di mata wanita,”

-ujar Johan Lim dan Pengasas Bersama, iaitu Alia @ Seri Hadia

Che Ta bakal membantu wanita-wanita di Malaysia dalam membangkitkan semangat. Semangat untuk mengecap kejayaan yang mampu membuka mata dunia.

Bahawasanya wanita juga mampu menjadi usahawan yang berjaya & berkerjaya bukan kaum lelaki sahaja. Bangkit bersama-sama dalam membangunkan diri menjadi luar biasa dan tidak berada di zon selesa.

10 % SALUR PADA IBU TUNGGAL

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri – Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid sudi hadir ke majlis pelancaran ini. Satu penghargaan dan kenangan yang amat berharga.

Mana taknya ini kerana beliau juga merupakan ikon wanita yang sangat-sangat di hormati dan disayangi rakyat,”

“Menerusi 10 peratus hasil jualan, kami akan salurkan kepada ibu tunggal, itu misi kami iaitu untuk bantu mereka bangun dan teruskan kehidupan dengan lebih baik,”

SASARAN JUALAN KOLEKSI JOLSXRCW

Untuk kerjasama Koleksi Tudung JOLS for ROZITA CHE WAN sempena Hari Wanita Sedunia ini kami mensasarkan jualan sebanyak RM1.3 juta. Bersamaan dengan 15,000 pcs untuk keseluruhan Koleksi Tudung.

Setiap koleksi harga bermula dari RM69 dan RM89 untuk setiap tudung. Terdapat dua pilihan fabrik yang digunakan iaitu Adra Satin & Adel Satin Silk.

Kedua-dua fabrik ini amatlah eksklusif dan salah satu fabrik yang paling laris serta sangat digemari founder fesyen.

Selain itu, terdapat juga Cenderahati Percuma pada pembelian 1,000 pcs tudung pertama di laman web

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge