Siapa saja yang tidak kenal dengan dua jenama terkenal ini? Jenama baju yang pernah menjadi viral dan masih lagi disebut-sebut oleh semua bakal bergabung di Jelajah Festival Raya Choii x Bulan Bintang 2024.

JELAJAH FESTIVAL RAYA CHOII X BULAN BINTANG 2024

Untuk tahun ini bertambah lagi festival raya bagi semua untuk membuat persiapan Raya. Dua jenama besar dan paling viral di Malaysia tidak ketinggalan untuk turut serta. Kini Baju Jersi Choii dan Baju Melayu Bulan Bintang bergabung!

JELAJAH FESTIVAL RAYA CHOII X BULAN BINTANG 2024

96 JAM TANPA HENTI

Gabungan kali ini bakal mengadakan Jelajah Festival Raya Choii x Bulan Bintang 2024 dianjurkan oleh Specta Event Sdn Bhd Kuala Lumpur, 96 jam tanpa henti untuk membeli-belah

JELAJAH FESTIVAL RAYA CHOII X BULAN BINTANG 2024

Tiga lokasi di pilihan kali ini ialah di Perkarangan Parking A Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur pada pada 21hb Mac hingga 24hb Mac 2024. Raia Hotel & Convention Center Alor Setar Kedah pula 28hb Mac hingga 31hb Mac 2024.

PELANCARAN JERSI CHOII X BAJU MELAYU BULAN BINTANG

Sempena pelancaran Jelajah Festival Raya, dua jenama ini berkongsi bersama para pihak media dimana buat pertama kali dalam sejarah untuk kolaborasi ini.

JELAJAH FESTIVAL RAYA CHOII X BULAN BINTANG 2024

Jersi Choii X Baju Melayu Bulan Bintang, gabungan dua jenama ini mengeluarkan set khas untuk edisi Raya 2024 kali ini.

Sempena kerjasama antara Choii dan Bulan Bintang, boleh dapatkan Kombo Istimewa yang cuma ada di siri jelajah festival raya ini.

4 ITEM COMBO

Dengan harga RM 289, bakal mendapat satu set baju melayu Bulan Bintang, Jersi Choii, T-shirt Choii dan pin khas dari Bulan Bintang. Pembelian cuma ada di lokasi Jelajah Festival Raya sahaja dan tidak ada di atas talian mahupun di outlet.

JELAJAH FESTIVAL RAYA CHOII X BULAN BINTANG 2024

TERUJA DENGAN KERJASAMA INI

“Saya amat teruja untuk mengeluarkan produk terbaru ini hasil gabungan bersama satu jenama besar iaitu Bulan Bintang. Saya berharap kerjasama antara dua jenama ini dapat di terima baik oleh para penggemar Jersi di Malaysia.,”

JELAJAH FESTIVAL RAYA CHOII X BULAN BINTANG 2024

-Encik Fariz Asri, Pengarah Urusan Choii

BARISAN SELEBRITI TERLIBAT

Festival Raya Choii X Bulan Bintang ini juga akan menampilkan para barisan selebriti dan juga influencer sepanjang siri jelajah ini.

Antaranya Ella, Shaheizy Sam, Syatillah Melvin, Faris Asri, Erma Fartimah, Shuib, Achey, Cat Farish, Shikin Maembung, Fauzi Nawawi, Yasin Yahya, Lisdawati, Aizat Saha dan ramai lagi.

JELAJAH FESTIVAL RAYA CHOII X BULAN BINTANG 2024

Bakal di host oleh pengacara festival yang terkenal iaitu Kelly Azman. Untuk informasi lanjut layari

Instagram Choii| Instagram Bulan Bintang

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge