Iman Troye raikan lebaran dengan EP “Janji Raya” Terbaru dari XO House.
EP “JANJI RAYA”
Sempena menyambut kemeriahan Aidilfitri tahun ini, Iman Troye tampil dengan mini album terbaru “Janji Raya”. Sebuah lagu raya yang membawa mesej kegembiraan, kasih sayang dan kebersamaan. Lagu ini merupakan terbitan dari XO House.
Setiap lagu dalam EP ini menampilkan tema unik, memberikan pengalaman berbeza kepada pendengar dalam meraikan Aidilfitri. Gabungan elemen nostalgia, moden. dan sentuhan peribadi menjadikan karya ini sebagai sebuah naskah istimewa dalam menyemarakkan sambutan Hari Raya.
ADA 5 LAGU RAYA?
Mengandungi 5 lagu raya dalam mini album ini yang terdiri daripada
RAYA YA YA
Lagu duet bersama Dato’ Aliff Syukri yang membawa mesej bahawa kemeriahan raya zaman kini masih mengekalkan tradisi seperti dahulu. Rentak ceria dan lirik yang mempromosikan adat serta budaya malaysia. Lagu ini turut menjadi simbol perpaduan dalam memperkenalkan keunikan sambutan Aidilfitri kepada dunia
SALAM SALAM LEBARAN
Diinsipirasikan daripada 50-an, membawa pendengar mengimbau nostalgia zaman kegemilangan muzik Melayu klasik. Melodi yang merdu dan susunan muzik yang autentik membangkitkan suasana raya tradisional dengan penuh rasa kasih dan kehangatan.
RAYA KAN
Kolaborasi istimewa bersama Angga Dermawan – penyanyo dari Ternate, Indonesia. Memberikan warna baru dengan genre moden ‘Jedag Jedug’. Perpaduan suara dua negara ini melambangkan semangat serumpun, menyatukan budaya Malaysia dan Indonesia dalam suasana raya yang meriah.
JANJI HAPPY HARI RAYA
Bersama artis-artis XO House seperti Dalia Farhana, Zubir Khan, Naim Daniel dan juga Alya Mardien. Lagu ini menceritakan perjalanan seorang remaja kota yang pulang ke kampung halaman. Menyampaikan mesej tentang kebahagiaan berkumpul bersama keluarga.
Rentak yang rancak dengan lirik penuh makna menjadikan lagu ini sebagai anthem kemeriahan raya.
SELENDANG IBUNDA
Paling menyentuh hati, didedikasikan kepada insan tersayang yang telah tiada. Ditujukan khas buat Wan Iman- nenek kepada Iman Troye yang telah kembaki ke rahmatullah. Melodi syahdu dan lirik yang mendalam memberikan penghormatan kepada kasih sayang seorang ibum menyentuh perasaan setiap pendengar.
EP Janji Raya bukan sekadar himpunan lagu raya bisa tetapi sebuah karya yang dipersembahkan melalui pelbagai sisi emosi dan tradisi dalam meraikan Aidilfitri. Menjadikan setiap lagu sebagai memori indah buat semua pendengar.
“Lagu ini sangat dekat di hati kerana ia mengingatkan kenangan beraya bersama keluaraga. Saya berharap lagu ini mampu menjadi pengiring suasana raya yang penuh kebahagiaan buat semua.”
-kongsi Iman