Kalau anda Masih ingat lagi dengan pengarah Pierre Andre, kini dia kembali dengan Jangan Pandang Belakang 2.
JANGAN PANDANG BELAKANG 2
Malam Gala Filem “Jangan Pandang Belakang… Aku Tahu Asal Usulmu” berlangsung meriah di GSC The Starling Mall, Petaling Jaya. Semestinya apabila Malam gala dihadiri oleh peminat filem seram, rakan media, blogger, influencer, dan para tetamu jemputan.
KINI KEMBALI
Ini menandakan kebangkitan semula MIG selepas tujuh tahun menyepi sejak filem terakhir mereka, “Kolestrol VS Cinta”. Yang sentiasa mengikuti perkembangan MIG pasti setuju!
LAMANYA BEREHAT?
David Teo, CEO MIG, menjelaskan bahawa tempoh rehat yang panjang diperlukan untuk memastikan setiap aspek dipertimbangkan sebelum kembali aktif dalam industri perfileman. Dengan keyakinan yang diperoleh, beliau memilih “Jangan Pandang Belakang… Aku Tahu Asal Usulmu” sebagai simbolik kembalinya MIG ke persada perfileman Malaysia.
PIERRE ANDRE KINI KEMBALI
Filem ini diarahkan oleh Pierre Andre, yang kembali selepas sepuluh tahun menyepi. Dikenali sebagai “King of Horror”, Pierre Andre membawa sentuhan magis yang menjanjikan kelainan dalam filem seram tempatan.
DITAYANGKAN DI 14 NEGARA
“Jangan Pandang Belakang… Aku Tahu Asal Usulmu” bakal ditayangkan di 14 negara termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Cambodia, Filipina, Myanmar, Vietnam, Laos, Rusia, New Zealand, Turki, dan Australia. Tayangan di 14 negara ini mencipta rekod baharu yang membanggakan industri perfileman Malaysia.
PELAKON YANG TERLIBAT
Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Alif Hadi, Khatijah Tan, Ruminah Sidek, Hafidzuddin Fazil, Cat Farish, Kelnarina, dan ramai lagi. Kisahnya berkisar tentang kesinambungan saka keluarga Opah yang mencari tuan baharu untuk didampingi, namun dihalang oleh pelbagai kejadian menyeramkan.
Pierre Andre menjanjikan bahawa filem ini lebih seram berbanding sebelumnya dan membawa kelainan dalam filem seram tempatan. “Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu” dijangka akan mencipta fenomena seperti filem pertamanya yang ditayangkan pada tahun 2007
SABAR MENANTI FILEM TERBARU
Dalam perkembangan lain, MIG juga telah menyiapkan penggambaran dua filem lain, “Dajal: Satu Malam di peDajal” dan “Citra Apartment”, yang dijangka akan menemui penonton pada awal tahun 2025.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan “Jangan Pandang Belakang… Aku Tahu Asal Usulmu” di pawagam berhampiran anda bermula 21 November ini dan rasai sendiri kehebatan sentuhan seram Pierre Andre yang pasti membuatkan anda tidak berani berpaling ke belakang!