Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jalan-Jalan Sambil Berbuka Puasa di Citta Mall
Kalau anda dok pi mana mana shopping mall bulan nie pastinya anda teruja kerana pelbagai perhiasan dan dekorasi raya di hias untuk para pengunjung yang hadir. Tidak terkecuali dengan Citta Mall yang terletak bersebelahan dengan Ara Damansara. Last weekend sempat KP dan kids ke mari jalan-jalan cuci mata sambil merancang untuk berbuka puasa.
Sewaktu bulan puasa jika ingin bershopping atau berbuka puasa di luar , senarai wajib adalah
- Parking – luas dan banyak parking
- Surau – ada di sediakan
- Restoran/Kedai Makan – pilih sahaja yang mana berkenan
- Public Transport – senang dan mudah
Dekorasi yang diketengahkan di Citta Mall kali ini menarik perhatian KP untuk mengetip sekeping dua sebagai simpanan. Masih lagi mengekalkan tradisi raya seperti lampu pelita dan mengembalikan nostalgia permainan tradisional seperti wau bulan dan congkak. Hiasan bunga raya lambang bunga kebangsaan pun ada tau .
So first thing first, agenda KP dan kids adalah jalan-jalan. Sambil-sambil shopping untuk persiapan raya jalan -jalan di outlet yang ada manalah tahu ada yang berkenaan di hati. Inilah wanita … Shopping dan dirinya tidak boleh di pisahkan betul ke ?? hahahaha ..
Happi Kiddo ,
Website Happi Kiddo : www.happikiddo.com.my
Facebook Happi Kiddo : www.facebook.com/happikiddo
Terletak di F23, sesuai untuk mereka yang bakal menimang cahaya mata ataupun memang sudah ada cahaya mata. Isshhh .. awat skemanya ayat… pada anda yang ingin mencari barangan untuk baby yang bakal lahir atau memang dah ada anak kecil, ini adalah diantara outlet yang sesuai untuk membeli -belah. Happi Kiddo menjual barangan bayi dari bayi baru lahir hingga mereka berusia 18-36 bulan
Kalau duduk di sini mahu rambang mata kot sebab macam-macam ada . Dari mittens ke booties ke bib dan lain-lain lagi . Design dan warna pula memang cantik dan menarik .
Plush toys untuk baby . Sempat juga KP beli satu yang penguin untuk BFF KP yang baru sahaja selamat melahirkan baby boy pada 1st Ramadan hari tu. Seronok tau bau baby , especially bila baru lepas mandi, baunya tdiak dapat di gambarkan dengan kata-kata
Nak baby walker pun ada .. nak stroller pun ada. Yang perlu pilih warna dan saiz,
Walker dah ada, stroller dah ada satu lagi katil baby jangan lupa pula. Nak design yang mana roger aje.. Nak yang kayu ada design lama ada, mengikut trend terkini pun ada ..
Blokke Cafe
Facebook : https://www.facebook.com/BlokkeCafePlayhouseShop/
Terletak di F41, First Floor, didalam Citta Mall sendiri. Buat anda yang peminat LEGO jangan lupa singgah di sini tau , bolehlah jadi geng dengan Irfan . Kat sini the whole family boleh lepak main lego ..
Kalau kids dok sibuk main parents tak perlu risau kerana ada cafe didalam BLOKKE untuk anda menjamu selera. Dengar-dengar kek yang di hidangkan di sini memang WIN. Salah satu darinya kek perisa MANGO. Nak cerita KP tak sempat menjamu selera disini kerana bulan puasa kan..dan kebetulan dah plan nak berbuka di restoran lain. Perhaps next round ke sini selepas bulan puasa
Beans n Beans Cafe
Kali ini KP dan kids memilih cafe Beans n Beans untuk berbuka puasa. Masih lagi didalam Citta Malll dan berlokasi di G-20. Bingsu & Korea adalah pasangan yang tidak boleh dipisahkan.
Ruang makan dan dekorasi yang ada sejuk mata memandang apabila berada di sini
Jam dah masuk 7.22petang so dah boleh post gambar juadah berbuka puasa. Since kami berempat jadi inilah hidangan yang kami pesan untuk berbuka puasa. Jauh tau kami berbuka puasa kali ini kata Irfan sebab makanan dari Korea katanya … hahahahahah
Nak order yang sama macam KP order ?? Boleh meh KP sharekan nama menu agar tak salah order ye
- Kongi Bingsu
- Yuzu Tea
- Hazelnut Latte
- Green Tea Latte
- Sparkling Grapefruit
- Banana Apple Vinegar
- Combinayion Pizza
- Korean Omelette
- Chicken Bugolgi
Penat bershopping, siap kids dapat main LEGO sementara nak buka puasa and perut pun dah kenyang mahu tak suka hati . Untuk anda yang masih mencari tempat atau lokasi ingin berbuka puasa dan jalan-jalan shopping, KP rekomenkan untuk ke CITTA MALL . Tak rugi datang sini
dah lama tak singgah di Citta Mall ni..kat situ mmg byk tmpat lepak best2
JMR recently posted…Food Truck Anggerik Mall Shah Alam