Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hotel Concorde Shah Alam Meraikan Anak Yatim & Miskin Asnaf |Bulan Ramadan 2018 makin melabuhkan tirainya dalam beberapa hari sahaja lagi tetapi Hotel Concorde Shah Alam tidak melepaskan peluang untuk menyambut kali ini dengan sambutan secara berjemaah dengan anak anak dari 2 buah rumah iaitu Pusat Jagaan Nur Ekwan Ku dari Meru, Klang seramai 25 lelaki dan 52 perempuan. Ada juga adik-adik dari Rumah Sentuhan Budi dari Kampung Sri Batu, Kuala Lumpur seramai 30 orang yang terdiri dari 10 lelaki dan selebihnya perempuan. Ini bukanlah kali pertama majlis berbuka puasa anjuran Hotel Concorde Shah Alam tetapi ini adalah tahun yang ke 15 dimana ini adalah salah satu CSR aktiviti yang wajib diadakan dalam setiap tahun.
Antara anak-anak yang sedang menikmati juadah berbuka puasa anjuran Hotel Concorde Shah Alam . Pelbagai menu dan juadah dihidangkan tidak lupa pada lemang , ketupat mahupun rendang
Cuma anak-anak ini sahaja yang memahami perasaan yang dialami sewaktu kita yang di luar sana menyambut Hari Raya dengan riang ria. Mereka sahaja yang memahami erti rindu untuk bersama yang tersayang tetapi takdir yang telah menentukan. Apabila sambutan seperti ini diadakan sikit demi sedikit dapat membantu membahagiakan anak-anak ini
Kehadiran Bobo the Clown menceriakan anak-anak ini dengan buatan belon pelbagai bentuk dan warna . Bermula dengan bacaan Tahlil dan Doa Selamat yang diketuai oleh Ustaz Mohd Nizomudin.
YAD Dato’ Jugra Kurnia Diraja Tan Sri Dato’ Seri Syed Yusof bin Tun Syed Nasir, the Chairman of Shah Alam Hotel Sdn Bhd antara tetamu jemputan yang hadir berkataHotel Concorde Shah Alam Meraikan Anak Yatim & Miskin Asnaf
“The practice of fasting presents social and spiritual purposes. Through hunger we are able to feel compassion for those who are in need, and focus on our relationship with the Almighty”.
Bukan setakat berbuka puasa bersama adik-adik ini ye , mereka semua mendapat kejutan di mana pemberian Duit raya dan sedikit cenderahati buat mereka sempena Hari Raya. Kelihatan wajah ceria dan gembira dari raut wajah masing-masing. Ada juga yang tersipu malu untuk menerimanya.
Tiada yang lebih gembira apabila ada yang masih mengingati mereka sewaktu bulan Ramadan , memberikan keceriaan dan kegembiraan walaupun sekejap cukup untuk membahagiakan mereka. Syukur dan Tahniah buat
Patrick Ng, the General Manager of Concorde Hotel Shah Alam berkata,
“Fasting teaches us unselfishness, patience and gratitude. The meaning of this experience in humanitarian context is that to sympathize with the needy around the world, and responding to their needs. We hope that through this humble gesture, these children get to fulfil their wish to celebrate Raya in a joyous mood”.
Antara pihak pihak yag membantu untuk menjayakan majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim dan Miskin Asnaf anjuran Hotel Concorde Shah Alam adalah ISY Holdings Sdn Bhd, Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partners, Khairul Nizam Associates, Tiara Mass Shipping & Logistic, Tiara Mass Travel & Tours, Profresh Sdn Bhd and Alammi Spa. Moga ke temu di tahun hadapan lagi dan diberkati majlis yang mulia ini