Hidangan Thailicious Di Vasco’s Hilton Kuala Lumpur Hingga 31 Okt 2019

Asaslamualaikum dan Salam Sejahtera

Hidangan Thailicious Di Vasco’s Hilton Kuala Lumpur Hingga 31 Okt 2019|Sawadeekap ! Selamat datang ke Thailand. Jika anda peminat dan penggemar hidangan Thailand ini ada berita baik untuk anda. Vasco’s Hilton Kuala Lumpur sedang mengadakan promosi makanan Thailicious mulai 10 hingga 31 Oktober 2019. Promosi ini adalah di antara salah satu kolaborasi bersama Millennium Hilton Bangkok dan Hilton Kuala Lumpur.

Menarik ke tak? mana tak menariknya kerana pelbagai hidangan di sajikan buat para tetamu yang hadir. Bukan setakat itu sahaja di mana kebanyakan masakan di masak oleh Chef Nauwarat Worabutr yang di bawa khasa dari Bangkok. Di bantu juga oleh Chef Veerayod Tabkaew dimana ada masanya mereka berkongsi pengalaman memasak secara live di stesen stesen masakan yang ada

Diantara hidangan Thailicious yang ada seperti Tom Yum Goong (Tom Yum Udang), Tom Kha Gai (Sup Ayam Berempah). Ikan masak Thai, Kari Merah Itik Panggang, Kari Hijau Terung(ayam dan daging lembu),, Tauhu Masam Manis dengan sayuran, Daging Cincang bersama Daun Selasih dan lain-lain lagi.

Anda peminat Thai Street Food, disini pun ada jangan risau!. Di antaranya adalah Som Tam (Salad Betik Muda) ,

Pad Thai Goong (Pad Thai Goreng)

pemanis mulut Pulut Mangga .

Buat anda yang menikmati hidangan buffet di sini anda bakal mendapat urutan Thai di bahu selama 10 minit secara PERCUMA dari The Spa, Hilton Kuala Lumpur. Setiap pelanggan juga bakal menerima sekeping baucar diskaun 30% untuk digunakan di The Spa . Sudahlah kenyang perut dapat pula urutan percuma. Mahu tak best.

Promosi Thailicious ini boleh didapati untuk 2 seisi
Makan Tengahari : RM 148 nett dewasa
: RM 68 nett kanak-kanak berumur 5-11 tahun
Makan Malam       : RM 188 nett dewasa
: RM 68 nett kanak-kanak berumur 5-11 tahun

Buat anda yang menginap di Hilton Kuala Lumpur boleh menikmati
:Diskaun sebanyak 15% untuk makan tengahari pada hari berkerja
:Diskaun sebanyak 20% untuk makan malam dan hujung minggu

Tempahan Contact : 03 22642264
Tempahan Email : KULHI_FB@hilton.com
Website: https://www3.hilton.com/en/hotels/malaysia/hilton-kuala-lumpur-KULHIHI/index.html
Facebook: https://www.facebook.com/hiltonkl/



1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge