Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
HerbaLine 3 in 1 Kolaborasi Bersama HealthLand & Mama Kim Sauna Mee |Nama-nama seperti HerbaLine atau HealthLand mesti anda pernah dengar bukan?? Bagaimana dengan HerbaLine dengan Mama Kim pula dalam satu bangunan ?? Haa, kali nie KP nak share yang terkini dan terbaru di mana anda boleh ke facial spa, kafe mahupun HealthLand dalam satu tempat -Herbaline 3in1 kini beroperasi di Desa Sri Hartamas Kuala Lumpur
Sedikit informasi Herbaline 3in1
Tahun 2017, HerbaLine bergabung dalam konsep 2 dalam 1 dengan Mama Kim Sauna Mee Cafe di Puchong. Untuk tahun 2018 HerbaLine mengambil langkah maju ke hadapan dengan memperkenalkan konsep 3 dalam 1 dimana HerbaLine 3in1 berkolaborasi bersama HealthLand dan juga Mama Kim Sauna Mee untuk memberi kelebihan dan kepuasan pengguna dimana semuanya ada di suatu bangunan. Jika anda datang bersama pasangan mahupun rakan-rakan yang ingin meneman sahaja anda , bolehlah mereka menikmati hidangan di Mama Kim sementara menunggu anda selesai . Kali ini berkolaborasi bersama dengan Sojurn di Pandan Indah dam juga Mama Kim Sauna Mee Cafe . Slogan yang dicipta untuk kolaborasi kali ini adalah “Eat Well, Look Well , Live Well”. Jom kite check it out tingkat demi tingkat ye
HerbaLine Facial Spa
Tingkat yang teratas iaitu tingkat 3. Menyediakan beberapa perkhidmatan seperti Sea salt foot bath, fish foot spa therapy, detoxifying lemongrass drink, Natural aromatherapy . Tagline disini agak unik dimana “no sign course policy, consumers”. Sea salt foot bath
fish foot spa therapy
Natural aromatherapy
Untuk maklumat lanjut layari :
Website HerbaLine Facial Spa : http://www.herbaline.com.my
Facebook HerbaLine Facial Spa : http://www.facebook.com/herbaline.my
HealthLand Wellness Centre
Untuk yang ini ianya lebih kepada informasi mengenai kesejahteraan hidup. Ianya menggalakkan gaya hidup yang penuh dengan gaya sihat . Dikatakan yang HealthLand antara pusat kesihatan yang menawarkan kesihatan holistik buat semua usia dengan harga yang berpatutan. Semua ahli terapi di sini dilatih secara profesional oleh Akademi Kesihatan yang terkenal di Thailand. antara yang ada di sini
HeathLand Wellness Centre
Untuk maklumat lanjut layari :
Website HeathLand Wellness Centre : http://www.heathland.com.my
Facebook HeathLand Wellness Centre : http://www.facebook.com/healthlandmalaysia
Mama Kim Sauna Cafe
Pertama kali menjejakkan kaki cafe ini terasa kelainannya. Kenapa kata begitu kerana bila dilihat pada menu makanan yang ada , KP rumuskan yang 80% menu yang ada sesuai untuk anda yang ‘vegetarian’ . Anda perlu sendiri mencubanya dan pasti ada yang bakal bersetuju dengan KP dimana kolaborasi Mama Kim Sauna Cafe bersama Herbaline 3 in 1 memberi kesenangan pada para pengunjungnya. Bukan sahaja menghidangkan menu yang sedap jua lazat tetapi berkhasiat juga. Dibuka jam 8 pagi dan tutup jam 10 malam setiap hari
Bahan yang digunakan dalam hidangan adalah segar dan tanpa penggunaan MSG. Nutrisi yang ada dalam sesuatu hidangan dipastikan seimbang sebelum di hidangkan pada pengunjung. Walaupun tanpa ada tepung putih, tiada gula, kurang garam tetapi hidangan tetap sedap. Paling penting sekali sewaktu mengoreng minyak yang digunakan dalam kuantiti kecil. Lihat sahaja antara hidangan yang sempat KP rakam sebelum pulang
Untuk maklumat lanjut layari :
Website Mama Kim : http://www.mamakim.my
Facebook Mama Kim : http://www.facebook.com/mamakimsaunamee
Happy Hour Promotion