Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Duta BRAND’S® InnerShine® Prune Essence Terbaru Ialah Siti Saleha | Siapa tidak tahu akan kebaikan minuman supplement InnerShine®. Pengambilan yang teratur dapat melindungi dan memberi kesihatan diri. Kali ini KP nak kongsikan dimana BRAND’S® InnerShine® Prune Essence telah memilih duta baru bagi produk terbaru ini . Siti Saleha dipilih sebagai duta jenama terbaru bagi BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E.
Aktres kacukan Inggeris ini diperkenalkan secara rasmi oleh Kuang Ming Ming, Pengurus Besar BRAND’S® Suntory (Malaysia) Sdn Bhd bersama Danny Hoh, Pengarah Pelanggan bagi Watsons Malaysia. Acara yang diadakan di IOI City Mall ini turut menyaksikan pelancaran pertandingan Pencarian Wajah #InnerShineCantikSemulaJadi, kolaborasi antara BRAND’S® Suntory dan Watsons Malaysia
Kuang Ming Ming, Pengurus Besar BRAND’S® Suntory (Malaysia) Sdn Bhd berkongsi,
“Mengambil nutrien yang betul dalam jumlah yang mencukupi adalah penting untuk melindungi kulit anda dan menggalakkan kesejahteraan diri. Menerusi rangkaian produk InnerShine, BRAND’S® berhasrat membantu rakyat Malaysia meraih kecantikan semulajadi yang lebih ketara daripada dalam ke luar, terutamanya menerusi formulasi baru BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E yang dilancarkan hari ini. Siti Saleha adalah pilihan tepat sebagai Duta Jenama kami bagi BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E, kerana beliau juga yakin terhadap penjagaan diri agar memperoleh kecantikan semulajadi yang berpunca dari dalam. Untuk mengekalkan kecantikan semulajadi, beliau bukan sahaja mengamalkan rutin penjagaan kulit, malah turut memastikan diet yang dimakan adalah seimbang dan kesihatan fizikal dijaga.”
“Walaupun suplemen ini bertujuan membantu sistem penghadaman anda dan membersihkan tubuh secara dalaman, kesannya akan kelihatan secara luaran dalam 12 hari. Itu sebabnya BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E melengkapi rutin jagaan kulit anda, membantu kulit anda tampak lebih muda dan berseri hari demi hari. Ini mencerminkan apa yang berlaku dalam tubuh anda, yang memerlukan perhatian kita semua.”
InnerShine® Prune Essence
“Saya amat percaya yang kecantikan bukan sekadar apa yang boleh dilihat pada luaran, tetapi apa yang anda yakini mengenai diri anda. Orang mungkin komen mengenai rambut, penampilan atau fizikal anda, tetapi bila anda selesa dengan diri sendiri, maka anda akan rasa hebat dan yakin terhadap diri anda. Ini ditujukan kepada semua orang, tidak kira usia.”,“Kulit saya tampak lebih muda dan berasa lebih sihat selepas saya mengambil BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E selama 12 hari, dan walaupun saya hanya menggunakan solekan tipis, seri pada muka saya tampak semulajadi. Saya yakin anda akan meraih kesan diingini apabila diberi sedikit masa, jika anda melengkapkan rejim kecantikan harian dengan nutrien yang betul untuk tubuh seperti nutrien yang terkandung dalam BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E. Seperti disiplin, kadangkala kita berasa sukar mematuhi rutin disarankan, tetapi anda akan meraih ganjarannya kemudian hari.”
“Kami gembira dapat bekerjasama dengan BRAND’S® Suntory bagi menawarkan formulasi baru BRAND’S® InnerShine® Prune Essence dengan Vitamin E kepada rakyat Malaysia. Kami mahu orang ramai tampak hebat dan berasa ceria setiap hari, dan melalui penawaran akses kepada produk terbaik yang memberikan manfaat kepada pengguna, kami boleh memainkan peranan dalam membantu setiap rakyat Malaysia ke arah kelihatan dan merasa hebat, secara dalaman dan luaran.”