HANTU BONCENG 2.0 masih relevan dengan Zizan Razak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

HANTU BONCENG 2.0 Masih Relevan Dengan Zizan Razak| Hantu Boceng 2.0? Sebelum ini Hantu Bonceng pernah mendapat kutipan pawagam lebih RM8.5 juta 10 tahun sebelum ini. Kali ini, ada Hantu Boceng 2.0 dimana ia masih mengekalkan genre lama.

Astro Shaw membawakan filem Hantu Boceng 2.0 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First. Dengan jalan cerita yang lebih segar, mutu produksi yang lebih tinggi.

Malah barisan pelakon berbakat besar serta sentuhan dari pengarah serba boleh Datuk Yusry Abd Halim.

Watak utamanya Amran dijayakan oleh pemenang Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian tiga tahun berturut-turut, Zizan Razak bersama pelakon Taiyuddin Bakar sebagai Kunyit.

Bagi sesi penggambaran telah dijalankan sepenuhnya di Bukit Fraser, Pahang selama 30 hari.

Sinopsis Hantu Boceng 2.0

Amran dan Kunyit rasa teruja ingin bercuti ke Frasers Hill bersama rakan-rakan ‘Mat Motor’ mereka. Semasa dalam perjalanan, motor Kunyit mengalami kerosakan. Kemunculan Ayu telah membawa Kunyit dan teman wanitanya,

Maya serta Amran bermalam di sebuah hotel lama tanpa rakan-rakan lain. Keadaan hotel tersebut agak misteri. Malah, pekerja-pekerja hotel juga mempunyai karakter yang mencurigakan.

Menjelang malam, Amran dan Kunyit mengalami pelbagai peristiwa menyeramkan. Amran turut bermimpi tentang seorang wanita yang seakan memberi petunjuk kepada Amran agar membantunya.

Keesokannya, mereka dan Ayu cuba menyelesaikan misteri ini. Mereka menemui beberapa bukti dan petunjuk dimana menemukan mereka kepada beberapa siri pembunuhan dan penemuan yang memeranjat dan mengerikan.


“Filem terdahulu meraih sambutan hangat di pawagam Malaysia, Singapura, Brunei. Meskipun telah 10 tahun ia ditayangkan, namun jenama Hantu Bonceng masih segar dalam kalangan peminat filem tanah air dan kesinambungannya sering dinantikan oleh penonton.

Jalan ceritanya juga masih relevan sehingga kini. Rentetan daripada itu, kami pihak penerbit merasakan kini adalah masa yang tepat untuk hasilkan Hantu Bonceng 2.0 dan yakin Astro First adalah platform yang tepat untuk menayangkan filem ini.

Dengan kemampuan Astro dalam memasarkan filem, kami percaya filem ini dapat dibawa secara menyeluruh kepada penonton sasaran.

Sementara itu, mengenai pemilihan barisan perlakon, selain masih mengekalkan tonggak utama Zizan Razak dan Taiyuddin Bakar, turut mempertaruhkan bakat serba boleh penyanyi terkenal, Shiha Zikir.

Bakat yang ditonjolkan di dalam segmen parodi MeleTop dan program realiti Muzikal Lawak Superstar (MLS) terdahulu, membuktikan kemampuan lakonannya yang tidak pernah dilihat lagi di dalam filem.

Harapan kami agar kehadiran filem ini mampu mengembalikan fenomena filem seram komedi permotoran motosikal yang pernah mengusai industri filem tempatan.”

-kata Penerbit Eksekutif Hantu Bonceng 2.0, Datuk Azlan Shah Jaffril,

“Filem Hantu Bonceng berjaya mencipta fenomena dalam industri layar perak pada tahun 2011. Kami percaya ramai yang teruja apabila filem pecah panggung tersebut bakal kembali menerusi sekuel terbarunya.

Memahami penonton yang sering menginginkan konten baru dan menarik, Astro Shaw tidak teragak-agak untuk bawakan filem Hantu Bonceng 2.0 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Mengenai filem tersebut, tidak dinafikan ia mempunyai kekuatan tersendiri. Jikakita lihat industri filem tempatan khususnya filem Melayu lebih cenderung kepada genre seram, komedi dan aksi.

Bikin Filem

Begitu juga dengan filem-filem di Astro First dan buktinya dengan kejayaan filem komedi Mael Totey The Movie (lebih RM6.4 juta), filem komedi seram Syif Malam Raya (lebih RM3 juta), filem komedi Manap Karaoke (lebih Rm1 juta).

Bagi filem Hantu Bonceng 2.0 pula, ia bukan sahaja mengangkat duagenre popular iaitu seram dan komedi, malah dipadatkan lagi dengan gabungan sub-genre aksi permotoran motosikal yang mana sering menarik perhatian kaki wayang.

Penampilan barisan pelakon popular tanah air seperti Zizan Razak, Shiha Zikir, Joey Daud, Atu Zero, Taiyuddin Bakar di bawah arahan pengarah Datuk Yusry Abd Halim. Pastinya menjanjikan kepuasan berbeza kepada para penonton.”

-kata Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad

Lagu Tema Hantu Boceng 2.0

Selain itu, filem ini turut menyelitkan lagu AEWO nyanyian Shiha Zikir bersama Noki sebagai lagu tema utama filem. Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan komposer oleh Ezra Kong dan lirik oleh Ezra Kong bersama Noki.

Jangan lupa untuk saksikan filem Hantu Bonceng 2.0 yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim Hantu Bonceng 2.0 di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi

Instagram|Facebook|

1 thought on “HANTU BONCENG 2.0 masih relevan dengan Zizan Razak”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top