Filem Syif Malam Raya – Cara Baharu Normal Sambutan Aidilfitri 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Filem Syif Malam Raya – Cara Baharu Normal Sambutan Aidilfitri 2020| Kenangan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pasti akan diingati oleh masyarakat kerana keuniknya disambut dalam suasana normal baharu. Meskipun kegembiraan menyambut Aidilfitri sama seperti tahun-tahun sebelumnya, namun ada juga yang perlu berkorban jiwa dan raga demi tugas untuk negara.

Begitu juga dengan Zaid dan Hisyam yang perlu bekerja pada malam raya untuk menghantar jenazah. Kisah mereka dirakam dalam filem raya, ‘Syif Malam Raya’ yang boleh ditonton di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 21 Mei 2020.

Syif Malam Raya adalah sebuah filem raya komedi yang disuntik elemen seram dan ia merupakan filem tempatan kedua yang awalnya dirancang untuk tayangan di pawagam. Namun begitu oleh kerana lanjutan dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), filem ini di bawa terus ke pawagam rumah anda, menerusi saluran Astro First.

Bersempena dengan kedatangan Aidilfitri, Astro Shaw dengan bangganya membawakan sebuah filem raya terbitan Ray Theme dan edaran United Studios untuk tatapan penonton Astro di Hari Lebaran nanti.

“Walaupun pada awalnya filem ini dijadualkan untuk tayangan di pawagam, industri perfileman tempatan harus berdepan dengan keadaan realiti semasa. Ini kerana ketidak-tentuan tarikh mula pawagam untuk kembali beroperasi.

Pihak kami amat bernasib baik kerana Syif Malam Raya dipilih untuk mula tayangan di Astro First beberapa hari sebelum Hari Raya. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Astro yang bertindak begitu pantas dalam menyediakan ruang alternatif buat kami penggiat seni, sekaligus memainkan peranan penting dalam menyelamatkan industri perfileman tempatan.”

-kata Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios dan selaku Penerbit filem Syif Malam Raya, Dato’ Norman Abdul Halim

Pelakon Syif Malam Raya

 

Syif Malam Raya menampilkan barisan pelakon popular seperti juara Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan Zero iaitu Atu, Sharif dan Syaiful.Ada juga bintang media sosial, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Syahmi Sazly. Selain itu pelawak terkenal Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario. Ada juga pelakon handal Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia dan Shiela Mambo.

Ini adalah penampilan pertama Selebriti Youtube Yoe Parey, Asif Suhaimi dan Syahmi Sazly di dalam filem. Menerusi treler filem yang dikongsi di laman media sosial, rata-rata komen menyatakan tidak sabar untuk menyaksikan gandingan ini. Mana taknya calon kategori ‘Influncer MeleTOP Anugerah MeleTOP ERA 2020’ bersama pelakon-pelakon hebat tanah air.

Sinopsis Syif Malam Raya

Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka. Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.

OST Syif Malam Raya


Manakala, mood raya lebih dirasai dengan lagu raya yang diselitkan di dalam filem. Lagu tema utama bertajuk Raya Online, nyanyian kumpulan Zero & Kengkawan, komposer oleh Azmeer dan Lirik oleh Senibayan.

Trailer Syif Malam Raya

Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.



1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge