GUNA SAMSUNG GALAXY A23 AWESOME KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Zaman sekarang nie anak-anak yang berada di sekolah rendah pun ‘wajib’ ada smartphone. Macam tak percaya kan?
Ia macam kegunaan harian untuk applikasi WhatsApp mahupun Telegram. Di aplikasi inilah dikongsi segala informasi terkini tidak kira tentang hal sekolah atau kerja sekolah.
Memandangkan usia masih muda, perlu cari smartphone yang bersesuaian dengan usia. Kalau sebelum nie review Galaxy A33, nie yang lagi terbaru
REKA BENTUK SAMSUNG GALAXY A23
Tiada yang membezakan dari segi reka bentuk. Sama saja seperti yang sebelum ini. Kamera depan, belakang dan nipis.
6.6 inchi dan cuma 195 g sahaja. Untuk single SIM atau Dual-SIM dan ada slot untuk memory kad khas
Kebiasaan butang volume akan berada di sebelah kanan phone. Butang untuk ‘off’ pun disebelah kanan. Agak kedalam butang ini yang mengakibatkan KP berulangkali menekan untuk memastikan ia berfungsi.
WARNA YANG ADA
Ada empat warna untuk dipilih dari Peach, Biru, Hitam dan Putih. Kali ini KP memilih warna biru. Cantik warnanya kerana ia kelihatan ‘outstanding’.
Senang dilihat dari jauh warna ini. Masuk dalam beg tangan pun pasti nampak. Hitam dan Putih nampak macam elegant dan berkarisma
KAMERA?
Ini adalah yang wajib untuk diteliti sebelum membeli apa-apa smartphone ye. Mana taknya kite nak pastikan momen yang dirakam atau diambil memenuhi citarasa kan.
Untuk kamera pula, ada empat lense dibahagian belakang. Kamera utama 50 MP Quad-Bayer denngan Ois. Lensa sudut pula lebar 5 MP , lensa makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.
Sensor kedalaman dikhusus untuk membantu memisahkan subjek dan fokus pengambilan potret tetapi malangnya didalam unit ini tidak berfungsi.
GAMBAR
Memang A23 nie sesuai untuk mereka yang baru menggunakan phone. Atau menggunakan phone untuk pekara asas saja.
Dari penghayatan KP, gambar lebih cantik diambil pada waktu siang dari malam. Ketajaman dan kejelasan pada gambar biasa saja
Gambar yang diambil tidak semua yang menepati citirasa KP sebagai seorang blogger. Warna pada hasil gambar yang diambil tidak konsisten. Kelihatan warna tidak sama seperti yang sepatutnya.
BATERI
Bateri kenalah tahan lama sebab nak guna applikasi Telegram dan WhatsApp selalu. Untuk Galaxy A23 ia mempunyai 5000mAh. Dapat bertahan dalam 1hari jika penggunaan biasa.
Caj super-pantas 25w tetapi menyediakan pengecas 15W dengan telefon. Kalau betul-betul charge daripada 0%, ia mengambil dalam 1 ½ jam untuk bateri penuh.
Jadi, untuk unit kali ini tidak sesuai untuk KP sebagai blogger mahupun yang ‘kaki game’ kerana bateri tidak tahan lama.
Selain dari bateri, gambar yang diambil waktu siang memang cun. Cuma waktu malam tak best. Untuk PDPR kalau masih ada lagi, sesuai untuk digunakan.