Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Goobne Chicken Restoran Pertama DiBuka Di MyTown Shopping Centre| Pasti ramai yang tertanya restoran ini menghidangkan juadah atau hidangan apa? Pada anda yang pernah ke Korea dan selalu menikmati perkembangan makanan di Korea pastinya anda tahu yang Goobne Chicken antara yang terkenal dan mempunyai lebih 1000 cawangan. Semestinya di Korea semua cawangan ini tetapi kali ini dibuka khas restoran yang pertama di Malaysia di MyTown Shopping Centre Kuala Lumpur.
Sedikit informasi tentang Goobne Chicken
Goobne bermaksud oven a.k.a ketuhar panggang. Goobne menghidangkan ayam yang dipanggang didalamnya selama 13 minit. Dengan 195º tanpa minyak dimana ayam yang dimasak pastinya berlainan dari segi rasa mahupun teksturnya sendiri. Ada yang rangup , ada yang lembut dan yang pasti sedap. Goobne Chicken terletak di tingkat 3 MyTown Shopping Centre. Ia dibuka setiap hari dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Nak tahu antara hidangan yang KP rekomenkan jika anda ingin menikmati juadah di sini ;
Hidangan di Goobne Chicken
Original Chicken – the legend, the original , the healthy. Sesuai untuk kids pun hidangan ini
Dip Cheese Chicken – seperti ayam original cuma perbezaannya ditaburkan serbuk cheese diatasnya. Bayangkan anda sedang menikmati ayam goreng yang penuh dengan taburan cheese, dimakan ketika panas. Serbuk cheese yang digunakan didatangi khas dari Korea ye
Korean Spicy Galbi Sauce Chicken – rasa seperti ada tambahan pepper dan yang menjadikan ianya sedap kerana rangup. Ada wing dan drumstick so boleh pilih yang mana satu.
Soy Garlic Chicken – pastinya kids akan suka menu ini. Rasa manis dan masin, masih lagi rangup ayamnya
Goobne Volcano Chicken – pedas tahap 4/5 buat KP . Dah nama volcano pastinya sos yang disalut bakal menyinga ye. Tak tahan pedas pastikan air senantiasa berada di sisi anda ye
Volcano Cheese Tteokbokki – tteokbokki adalah antara hidangan yang memang ada jika anda ke Korea. Ianya adalah “Korean rice cake” atau lebih dikenali dengan toppokki yang dimasak bersama dengan sos spicy volcana, dicampurkan fish cake, telur dan pastinya keju. Makan ketika panas ye sebab kalau dah sejuk rasanya berlainan.
Chicken Fried Rice with Volcano Sauce
Flying Fish Cheese Egg Roll
Goobne Cheese Fondue Chicken – isi ayam yang berperisa manis dan pedas dimasak dalam 2 jenis keju. Wajib dicuba menu ini
Hidangan ini dimakan apabila keju menjadi cair sewaktu api dinyalakan. Untuk menikmati hidangan ini pun ada caranya dimana ia perlu mencucuk isi ayam dan gulungkan/salutkan isi ayam bersama keju. Lakukan sewaktu panas dan pastinya “Daebak”
Jjamppong Seafood – sup ala seafood yang sememangnya menggunakan bahan segar seperti lala, ketam mahupun udang. jangan terkejut kalau jumpa isi ikan didalamnya. Spicy korean sup tau dan penuh dengan sayuran
Kongsikan bersama KP pengalaman anda dan best ke tak hidangan disini. Hingga ke temu lagi ye . Untuk maklumat terkini mahupun promosi , klik di