Warna Heart Wood Di Pilih Sebagai Warna Tahunan Dulux Untuk 2018
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Warna Heart Wood Di Pilih Sebagai Warna Tahunan Dulux Untuk 2018 | AkzoNobel, syarikat penaraju dalam industri cat, penyaduran dan pengeluar cat jenama Dulux telah melancarkan ramalan trend tahunan Colour Futures yang menggambarkan gaya warna utama untuk tahun 2018 iaitu Heart Wood. Warna terunggul yang dipilih sebagai Warna Tahunan 2018 berikutan penyelidikan yang di jalankan terhadap tren, pandangan dan sikap pengguna. Dengan tona warna merah jambu matang yang lembut dan panas ia menarik ciri0ciri sentuhan kayu-kayan dan kulit. Serta menyerlahkan suasan keselesaan yang ringkas sebagai tawaran kepada pengguna yang menginginkan keselesaan dan mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa
“Dengan masa yang bergerak panas terutamanya disebabkan oleh kehidupan yang kian sibuk, kini adalah masa untuk kita berhenti sejenak dan mencari ketenangan. Kediaman kita perlu menjadi tempat yang membolehkan kita merendahkan nada bising, ruang untuk menyemai nilai serta menyegarkan semula minda dan badan. Warna boleh memainkan peranan signifikan dalam mencapai keseimbangan antara kesibukan dunia luar dan ketenangan dalaman.
Warna Tahunan 2018 kami baenar-benar menyampaikan mood pada masa ini . Heart Wood dan empat palet wana yang saling melengkapinya akan membantu pengguna mendapatkan sebuah kediaman yang unik dan benar-benar menampakkan pesona mereka. Selain itu membawakan perasaan selamat dan damai jua mewujudkan ruang yang selesa untuk didiami bagi semua”
kata Pengarah Kreatif Pusat Estetik Global Dulux, Heleen Van Gent
Bagi Pengarah Urusan AkzoNobel Decorative Paints Asia Tenggara dan Asia Selatan, Timur Tengah, Jeremy Rowe mengulas
“Warna memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran selesa yang sempurna. Sebagai pakar dalam bidang warna, kami hadir untuk memperkasakan pelanggan agar membuat keputusan pilihan warna yang tepat dan menggembirakan mereka. Serta membolehkan mereka bangga dengan kediaman yang dimiliki. Menerusi Warna Tahunan 2018 dan empat palet wana saling melengkapinya, para pelanggan di seluruh dunia kini boleh menghasilkan ruang kediaman yang menyerlahkan diri mereka dan mengikut keperluan harian masing-masing”
Ruang harmoni, selesa dan mudah untuk semua adalah rumah Heart Wood. Ia menggabungkan tona warna kelabu-merah jambu dan koko muda yang berkesinambungan dengan tona biru dakwat dan ungu yang berani. Ia mengambil insipirasi daripada ciri-ciri sentuhan kayu semulajadi dan keselesaan kulit, material-material yang sering menjadi pilihan pelanggan terutamanya ketikan keadaan tidak menentu. Bersifat menenangkan dan memulih, Heart Wood memberikan rasa hubungan antara dunia luar dan dalam. Palet Heart Wood Home menggabungkan konsep harmoni dengan material-material yang menjadi inspirasi warna unggul tersebut. Disebabkan Heart Wood Home memberi makna yang berbeza bagi setiap individu, 3 palet sokongan melengkapi warna Heart Wood memberikan kesimbangan antara warna lembut dengan tona-tona yang lebih gelap dan berani
Pengguna memerlukan warna tertentu berdasarkan perasaan dan pandangan mereka terhadap dunia sekeliling Menerusi Warna Tahunan 2018 dan empat palet warna kontemporari yang bersesuaian,para pelanggan di seluruh dunia kini mampu mewujudkan ruang dalam kediaman mereka yang menyerlahkan identiti yang bersesuaian dengan keperluan rutin harian. Heart Wood kini boleh didapati di semua rangkaian Dulux di seluruh negara . Inginkan maklumat lanjut layari
Website Dulux: www.dulux.com.my