GILA-GILA CINTA DI SLOT LESTARY MULAI 8 DISEMBER, BEST KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Peminat Drama Sangat di TV3 angkat tangan sikit!. Kalau sebelum ni drama Diari Seorang Suami kini drama romantik komedi bakal ditayangkan.

GILA-GILA CINTA

Drama romantik komedi ‘Gila- Gila Cinta’ lakonan Dayang Areeda, Zaki Azeman, Aziq Mukhriz dan Afiera Riana. Bakal mengisi slot Lestary bermula malam ini (8 Disember 2021). Setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary, TV3.

Drama bersiri 7 episod ini diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Diarahkan oleh Emi Suffian dengan nukilan skrip oleh Mohd Fairuz bin Mohd Padoli (MF Kencana).

Gila – Gila Cinta mengisahkan konflik cinta antara empat pemuda iaitu Diya (Dayang Areeda), Carl (Zaki Azeman), Afira (Afiera Riana) dan Ben (Aziq Mukhriz). 

GILA-GILA CINTA

SINOPSIS GILA-GILA CINTA


Afira yang bekerja sebagai ejen insurans bakal mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Ben. Ben pula bekerja membuat ‘live’ menjual pakaian dan kasut berjenama bundle yang dibantu oleh rakannya, Ery (Asyraf Rozami).

Diya seorang ‘influencer’ media sosial yang mempunyai ramai pengikut. Dia gemar membuat reviu makanan di pelbagai restoran.

GILA-GILA CINTA

Diya terkejut mendapat tahu bekas kekasihnya, Ben kini bercinta dengan Afira dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Carl pula merupakan seorang penyunting video yang menjadikan rumahnya sebagai studio. Carl berjiran dengan Diya. Mereka berdua sering bergaduh atas pelbagai hal yang remeh temeh.

Suatu hari, Carl diajak oleh rakannya untuk bertemu dengan ejen insurans. Carl terkejut apabila bertemu dengan Afira, bekas kekasihnya!

GILA-GILA CINTA

Sejak itu, mereka selalu berjumpa. Carl mula menyukai Afira dan mahu menawan hatinya kembali. Carl dan Diya yang sedang berhadapan dengan konflik cinta telah bergabung untuk mendapatkan bekas kekasih masing-masing.

Apakah strategi dan taktik mereka? Adakah misi Carl dan Diya akan berjaya?

OST GILA-GILA CINTA

DI DISNEY+ HOTSTAR PUN ADA!

Pastikan anda menyaksikan drama romantik komedi, Gila – Gila Cinta bermula 8 Disember 2021, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3.

Bagi peminat drama rantaian ini, anda boleh menonton kesemua episod penuh di Disney+ Hotstar mulai 22 Disember nanti. 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge