Giant Plaza Sungei Wang Kini Berwajah Baru Untuk Pelanggan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Giant Plaza Sungei Wang Kini Berwajah Baru Untuk Pelanggan|Giant Plaza Sungei Wang kini dibuka semula selepas proses pengubahsuaian secara menyeluruh. Kali ini menampilkan pengalaman dan konsep baru membeli- belah buat para pelanggan. Terletak di pusat komersil hiburan Bukit Bintang, pasaraya Giant Plaza Sungei Wanga adalah diantara pasaraya yang tertua di Malaysia. Ia membekalkan produk kegemaran keluaran Malaysia kepada pelancong dalam masa yang sama menawarkan pelbagai produk segar kepada para pembeli tempatan

Pasaraya Giant Plaza Sungei Wang kini kembali dengan menampilkan pelbagai makanan yang sedia untuk dimakan. Antaranya makanan Korea, bento Jepun dan juga ada nasi campur dengan lauk kampung atau tradisional. Uncle Jack’s Fried Chicken ada juga di sini untuk menawarkan menu tempatan dengan harga yang berbaloi.

Pelancong yang ada boleh juga membawa balik produk-produk Malaysia yang berkualiti dari rangkaian Citarasa Malaysia. Antara produk yang ada seperti kopi putih , teh. sos istimewa , keropok ikan , mi dan herba Cina.

Untuk meraikan pembukaan semula Pasaraya Giant Sungei Wang, pelbagai aktiviti dianjurkan seperti seisi mencuba rasa, hadiah misteri, peraduan dan promosi. 1000 yang pertama dengan pembelian minima RM 50 di bulan Februari juga berpeluang mendapatkan baucer bernilai RM5 dari Giant.

Untuk maklumat lanjut layari

Website Giant: www.giant.com.my

Facebook Giant: www.facebook.com/giantmalaysia

1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge