Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Garnier Istimewa Kerana Serikan Diri Di Aidilfitri Bersama Mydin|Makna sebenar Eid Fitri, atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Hari Raya Aidilfitri, bukan setakat meraikannya bersama orang tersayang, tetapi juga merupakan musim untuk bersedekah, terutama kepada mereka yang memerlukan bantuan. Tahun ini Garnier Malaysia membawakan makna yang baharu bagi sambutan Hari Raya menerusi kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, menerusi kerjasama dengan rakan peruncit MYDIN untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi usaha memperkasakan wanita.
Kempen ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama TechForGood, sebuah program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA). TechForGood adalah inisiatif yang meningkatkan dan memperkasakan komuniti mikro di Malaysia dengan memudahkan pembelajaran kemahiran baru dan meningkatkan pendapatan mereka menerusi bantuan teknologi. Sejak penubuhannya pada tahun 2019, TechForGood telah membantu seramai kira-kira 500 ahli.
“Kami tidak melihat tanggungjawab sosial kami sebagai terpisah daripada aktiviti perniagaan – kami menggabungkan kedua-duanya secara lancar di bawah strategi kemapanan kami. Sebagai program yang membantu masyarakat dengan meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka, visi TechForGood adalah selaras dengan komitmen kami, iaitu membantu komuniti setempat yang memerlukan,”
“Sepanjang kempen Serikan Diri Di Aidilfitri yang berlangsung pada bulan Ramadan, sebanyak 48,000 barangan hadiah yang dibuat sendiri oleh para wanita di bawah program ini telah diberikan secara percuma kepada para pembeli. Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa sejumlah RM15,000 telah dikumpulkan dengan kerjasama MYDIN untuk menyokong TechForGood, yang akan menyumbang kepada kemajuan program ini dan membantu memberi manfaat kepada lebih ramai ahlinya,”
– kata Ian Cheng, Pengurus Pemasaran Garnier Malaysia.
Sempena dengan kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, barisan selebriti Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan Azira Shafinaz turut memberi sokongan mereka di acara tersebut. Bagi ketiga-tiga mereka yang muncul dalam drama mini bersiri TV3 bertajuk Serikan Hatimu, sambutan Hari raya pada tahun ini menjadi lebih bermakna apabila memberi sokongan kepada usaha amal yang memperkasakan wanita. Mereka menyokong Garnier dan juga menyatakan produk kegemaran mereka.
Garnier adalah penaja mini series, Serikan Hatimu, yang menyambut keindahan persahabatan dan memperkasakan wanita. Tontonilah di rangkaian TV3 dalam YouTube.Untuk maklumat lanjut tentang kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, Garnier serta rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri, sila layari https://www.facebook.com/GarnierMalaysia/.