Posted in

FUTURELAND FESTIVAL HIDUPKAN KEMBALI STADIUM MERDEKA, BETUL KE?

FUTURELAND FESTIVAL

Watsons Malaysia dan Warner Music Malaysia Menghidupkan Kembali Stadium Merdeka dengan “Futureland” Festival.

FUTURELAND FESTIVAL

Warner Music Malaysia bakal menyemarakkan lembaran baharu dalam persembahan muzik di lokasi ikonik. Memilih Stadium Merdeka sebagai lokasi konsert Futureland Festival yang akan berlangsung pada 23 November tahun ini.

Ia mendapat kerjasama daripada peneraju peruncit produk penjagaan kesihatan dan kecantikan, Watsons Malaysia sebagai penaja utama yang turut meraikan ulang tahun ke-30 mereka di negara ini. Program sehari ini turut menampilkan persembahan penyanyi dan kumpulan muzik paling hangat dan berbakat besar tanah air.

MERAIKAN MASA DEPAN MUZIK MALAYSIA

Dalam sidang media hari ini, Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia, Teo Nie Ching turut hadir bagi menunjukkan sokongannya terhadap Futureland Festival yang akan berlangsung nanti.

“Futureland” Festival meraikan masa depan muzik Malaysia dengan mengetengahkan kreativiti dalam kalangan artis tempatan dan menyediakan platform untuk mereka menyinar serta mendekati peminat.

Festival ini akan menampilkan artis popular dan berbakat besar seperti Hujan, Bunkface, Kugiran Masdo, Aina Abdul, Ayda Jebat, Syamel, Tuju, Zynakal, Fimie Don, Amsyar Lee, Rizal Rasid, Empty Page, Fugo dan ramai lagi.

WATSONS GLOW UP ZONE

Selain persembahan muzik, ia akan menampilkan Watsons Glow Up Zone, termasuk pelbagai bidang kecantikan dan kesihatan daripada Watsons Malaysia.

Pengunjung juga boleh mendapatkan hadiah percuma, sampel barangan dan pengalaman interaktif yang menarik. Untuk menambahkan lagi keseronokan, ia dimeriahkan dengan , ‘pop-up stores’, lukisan grafiti dan banyak lagi.

pihaknya cukup teruja untuk melancarkan “Futureland” Festival sejajar dengan komitmen mereka untuk industri muzik tanah air.

ACARA MUZIK PERTAMA LOKASI BERSEJARAH

“Kami amat berbangga dapat menganjurkan acara muzik pertama di lokasi bersejarah ini selepas ia menjalani proses pengubahsuaian. Ia menawarkan pengalaman muzik yang unik dalam menghormati sejarah kita sambil membuka jalan untuk masa depan muzik Malaysia.

FUTURELAND FESTIVAL

“Kami juga gembira dapat bekerjasama dengan Watsons Malaysia. Ia bukan saja meningkatkan keupayaan kami untuk menyampaikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi pencinta muzik, tetapi juga mencerminkan komitmen Watsons Malaysia untuk menyokong seni dan budaya tempatan,” katanya.

-Pengarah Urusan Warner Music Malaysia & Singapura, Dinesh Ratnam.

BAGI WATSONS MALAYSIA

Sebagai peneraju peruncit produk penjagaan kesihatan dan kecantikan nombor satu di dalam dan luar talian, Watson Malaysia. Teruja untuk bekerjasama dengan Futureland Festival yang pastinya menyeronokkan di samping meraikan ulang tahun mereka ke-30.

“Kerjasama ini bukan sekadar meraikan muzik, tetapi juga salah satu cara kami memberi ganjaran kepada ahli dan pengguna kami dengan promosi dan tawaran eksklusif.

FUTURELAND FESTIVAL

“Di Watsons, ia bukan sekadar untuk kesihatan dan kecantikan, tetapi kami berusaha lebih dari itu. Kami juga mahu pelanggan melihat kami sebagai hab untuk gaya hidup dan hiburan.

Festival ini adalah peluang terbaik kami untuk menggabungkan dua jenama ikonik dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

-Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Health & Beauty Asia, AS Watson Group, Caryn Loh 

LOKASI IKONIK?

Stadium Merdeka yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah menjadi saksi penting dalam sejarah tanah air. Termasuk sebagai lokasi Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengisytiharkan kemerdekaan tanah air.

Lokasi ikonik ini juga pernah menjadi lokasi persembahan ramai bintang antarabangsa dan serantau sekali gus menyemarakkan lagi landskap muzik Malaysia.

FUTURELAND FESTIVAL

Selepas menjalani proses pembaikan yang teliti dan peningkatan kemudahan sambil mengekalkan daya tarikan sejarahnya pada April 2019, Stadium Merdeka membuka semula pintunya kepada orang ramai pada 17 Ogos lalu.

Dengan kekayaan warisan dan infrastruktur yang dikukuhkan semula, ia menjanjikan satu lokasi yang sempurna untuk konsert di Futureland Festival nanti yang tidak akan dilupakan.

HARGA TIKET

Tiket ke Futureland Festival kini boleh dibeli dengan harga istimewa untuk promosi pembelian ‘early bird’.

KATEGORIPERINGKATHARGA
Early BirdKemasukan UmumRM 50
Rock ZoneRM 75
Harga PenuhKemasukan UmumRM 75
Rock ZoneRM 120

Website Tiket | Instagram

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *