PAPUH ANJUR MUSLIM TRAVEL FAIR 2024!

Untuk anda yang sedang mencari pakej percutian mahupun pakej Umrah terutama yang Muslim-friendly boleh lah hadir ke PAPUH Muslim Travel Fair 2024.

MUSLIM TRAVEL FAIR 2024

PAPUH – Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan PAPUH Muslim Travel Fair 2024 dan 26 hingga 28 July 2024 bertempat di Hotel Grand Barakah Ampang. 

PAPUH ANJUR MUSLIM TRAVEL FAIR 2024!

PAPUH sebelum ini telah menerima banyak rungutan daripada ahli memandangkan ramai Jemaah yang tertipu dengan pakej-pakej murah yang banyak diiklankan di laman media sosial.

Untuk pengetahuan, setakat ini PAPUH mempunyai 600 ahli berdaftar dengan MOTAC dan masing-masing mempunyai lesen berdaftar untuk menjual pakej percutian mahupun pakej Umrah.

RAMAI TERTIPU DENGAN AGENSI

Mereka tertipu disebabkan terpengaruh dengan pakej yang ditawarkan dengan harga murah dan akhirnya tidak dapat terbang. Setelah diselidik baru mereka tersedar yang mereka membeli pakej daripada agensi yang tidak berlesen. 

PAPUH ANJUR MUSLIM TRAVEL FAIR 2024!

ANJURAN PAPUH ATAS PERMINTAAN AHLI

Atas permintaan ahli PAPUH sendiri, PAPUH bersetuju untuk menganjurkan PAPUH Muslim Travel Fair yang hanya membenarkan agensi-agensi yang mempunyai lesen penuh (seperti Inbound, Outbound, Ticketing dan Umrah) untuk mengambil bahagian.

PAPUH ANJUR MUSLIM TRAVEL FAIR 2024!

50 AGENSI TERLIBAT

Sebanyak 50 syarikat akan mengambil bahagian dalam acara pada kali ini, dan ini adalah yang pertama dianjurkan oleh PAPUH selepas COVID-19. Dijangkaan dalam 1,000 pengunjung yang baka hadir untuk memeriahkan lagi Muslim Travel Fair 2024 ini,

Antara agensi atau syarikat yang terlibat adalah AL WASAYET TRAVELS & TOURS UMRAH SERVICES SDN BHD, MURSYID ALHARAMAIN TRAVEL & TOURS SDN BHD, PERSADA GLOBAL HOLIDAYS SDN BHD.

SHAFAT TRAVEL AND TOURS HOLDINGS SDN BHD, MURSYID ALHARAMAIN TRAVEL & TOURS SDN BHD, ZIARAH SUCI SDN BHD Dan yang lain

KERJASAMA DENGAN SAUDIA AIRLINES

PAPUH telah bekerjasama dengan Syarikat penerbangan SAUDIA bakal memberikan potongan harga istimewa kepada semua ahli kami yang menyertai acara pada kali ini. Pengumuman tawaran rendah harga tiket ini akan dibuat pada hari jumaat ini.

Kami difahamkan potongan harga ini sangat Istimewa kerana ianya hanya diberikan untuk tempahan pada 3 hari tersebut Sahaja dan ini adalah pertama kali Saudia melakukannya. 

PAPUH ANJUR MUSLIM TRAVEL FAIR 2024!

PAKEJ PEMBIAYAAN

Selain itu, Maybank dan Bank Rakyat juga akan turut serta dengan menawarkan pelbagai pakej pembiayaan untuk mengerjakan umrah dan pelancongan muslim.

Pakej pembiayaan Pergi Dahulu Bayar Kemudian juga akan turut diperkenalkan semasa acara ini berlangsung. 

Marilah rakyat Malaysia yang ingin melancong untuk datang ke PAPUH Muslim Travel Fair 2024. Untuk mendapatkan pakej-pakej umrah, pelancongan mesra muslim ke serata dunia.

Jika mencari pas-pas masuk ke taman tema, tiket penerbangan pun ada juga serta tidak ketinggalah pakej-pakej percutian dalam negara dengan harga yang sangat menakjubkan. 

PAPUH ANJUR MUSLIM TRAVEL FAIR 2024!

CABUTAN BERTUAH

PAPUH juga akan menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan yang membuat tempahan semasa acara ini diadakan dengan hadiah utama adalah pakej mengerjakan umrah PERCUMA. 

Kepada mereka yang mempunyai perancangan untuk mengerjakan umrah atau bercuti pada hujung tahun ini. Kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda untuk mendapatkan pelbagai pakej percutian muslim dengan harga Istimewa yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan berlesen. 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge