FREEYOND X PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA BERSATU, AMAZING!

FREEYOND X PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA BERSATU, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa lagi yang patut membantu memperkasa sukan tempatan kalau bukan kite sendiri.

FREEYOND

Terbaru, jenama telefon FreeYond memberi komitmen dalam menyokong sukan badminton tempatan dan juga untuk atlet-atlet di Malaysia. Menyediakan bantuan kewangan dan sumber yang diperlukan.

SUKAN OLIMPIK PARIS

Ini akan menyumbang kepada persiapan pemain negara untuk layak ke Sukan Olimpik Paris tahun depan dan inisiatif-inisiatif pembangunan baharu.

Selain itu menerusi kerjasama dengan BAM, FreeYond komited untuk memupuk bakat sukan dan mempromosikan gaya hidup.

MOU ANTARA FREEYOND X PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA

Satu majlis menandatangani perjanjian telah diadakan di antara Fast Technology Sdn Bhd (“Fast Technology” atau “Syarikat”), pengedar eksklusif FreeYond di Malaysia dan subsidiari milik penuh syarikat tersenarai di Papan ACE, Fast Energy Holdings Bhd (“Fast Energy”).

Bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam memperkasa dan meningkatkan pertumbuhan sukan badminton Malaysia.

Ditandatangani oleh Presiden BAM dan Olympic Councial of Malaysia, serta Presiden Kehormat Badminton Asia, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria.

Tidak lupa Pengarah Eksekutif Fast Energy Holdings Berhad, Encik Vincent Tan Wye Chuan.

GEMBIRA SAKSIKAN SATU KEJAYAAN OLEH FREEYOND

“Sebagai salah seorang pengarah FreeYond, kami sangat gembira dan menyokong keputusan yang dibuat oleh Fast Technology dalam menaja BAM dan atletnya.

Saya gembira dapat menyaksikan satu lagi kejayaan yang dicapai oleh FreeYond selepas kemasukan rasmi kami ke Malaysia dengan telefon pintar dan boleh pakai pada Mac 2023,” 

-kata Datuk Eddie Chai Woon Chet, Pengarah FreeYond.

“Saya berbesar hati akhirnya hari ini, dapat memuktamadkan perkongsian yang saling menguntungkan ini dan secara rasmi mengalu-alukan FreeYond sebagai penaja terbaharu BAM.

Sokongan daripada penaja kami adalah penting untuk pertumbuhan berterusan dan pembangunan sukan ini,” 

-kata Presiden BAM, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria.

LAMBANG KEBEBASAN DAN GAYA HIDUP

“FreeYond melambangkan kebebasan dan daya hidup, mewakili tenaga muda yang tidak terbatas. Matlamat kami adalah untuk menyediakan pengguna pengalaman yang bersemangat dan membebaskan melalui rangkaian produk pintar kami.

Semangat jenama kami merangkumi usaha mencapai kecemerlangan, kerja berpasukan dan inovasi, yang sejajar dengan nilai BAM.

Malaysia adalah kuasa besar dalam dunia badminton, dengan pemain di bawah payung BAM telah mencapai banyak kemenangan dan mendapat kemasyhuran serta kegemilangan negara.

FreeYond mahu memainkan peranannya dalam menyokong BAM dan pemainnya ketika mereka berusaha untuk lebih banyak kemenangan podium dan memberi inspirasi kepada belia negara.”

-kongsi Pengarah Eksekutif Fast Energy, Encik Vincent Tan Wye Chuan.

LANGKAH SULUNG BERMULA DENGAN PERJANJIAN BAM

“Pemeteraian perjanjian hari ini dengan BAM menandakan langkah sulung FreeYond untuk menyokong atlet muda secara aktif.

Kami berharap melalui kerjasama ini, kami dapat menyumbang kepada pembangunan rancak sukan di Malaysia dan menyatukan peminat dan pengguna kami ke arah menyokong atlet negara kita.”

Produk ini terkenal dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang luar biasa, memenuhi pelbagai kategori pengguna termasuk peminat sukan dan profesional.

Selain model telefon pintar M5 dan F9 yang telah diperkenalkan di pasaran Malaysia, juga telah melancarkan jam tangan pintar F1 dan fon telinga stereo wayarles sebenar (TWS) Pods 1.

Website FreeYond| Facebook

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge