Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
KP berkesempatan untuk turut serta dengan rakan blogger lain menonton Filem RUDY HABIBIE (Habibie & Ainun2) . Kalau bertanya pada KP memang KP rekomenkan anda untuk menontonnya. Didalam filem ini banyak juga yang KP pelajari antaranya sejarah tentang Bacharuddin Jusuf Habibie a.ka. Rudy Habibie.
Seorang jurutera Indonesia yang menjadi Presiden Indonesia dari 1998 hingga ke 1999. Dia mewarisi kedudukan itu selepas Suharto meletak jawatan pada tahun 1998. Jawatannya sebagai Presiden dilihat sebagai masa peralihan ke era lepas Suharta. Sebagai Presiden, dia meliberalisasikan akhbar dan parti-parti politik Indonesia, dan mengadakan pilihanraya demokratik awal pada 1999. Ini mengakibatkan kehilangan jawatan Presidennya. Habibie ialah presiden Indonesia yang ketiga, selepas kemerdekaan.
Didalam filem ini juga KP baru memahami bagaimana pesawat atau kapal terbang dibina. Begitu utuhnya sayang pada negara dan tidak kira dengan apa yang mendatang sanggup diredahi. Walaupun sakit , walaupun susah setiap yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya.
Sipnosis RUDY HABIBIE (Habibie & Ainun 2)
Rudy Habibie ialah cerita tentang pencarian teman sejiwa seseorang. Sebuah cerita tentang pencarian cinta pertama dan cinta terakhir. Ianya sebuah cerita tentang Presiden Indonesia yang ketiga dan isterinya. Ianya sebuah cerita tentang Habibie dan Ainun. Rudy Habibie, ialah seorang genius mengenai kapal terbang dan mepunyai impian yang besar.
Dia menumpukan hidupnya untuk membina sebuah pesawat dengan harapan untuk menyatukan Indonesia. Sebagai seorang pelajar di Aachen, Germany, Rudy bukan sahaja belajar membina pesawat tapi juga belajar tentang erti persahabatan melalui pendekatannya dengan para pelajar lain seperti, Liem Keng Kie yang berbangsa China, Ayu seorang adik putri keraton dari Solo, Poltak, pemuda Batak yang jujur dan jenaka, dan Peter, seorang mahasiswa senior.
Namun demikian, ILONA, mahasiswi keturunan Poland, ialah yang paling mempercayai cita-cita Rudy. Tapi tidak mudah bagi Rudy untuk mencari seorang yang bersefahaman dan ingin menyokongnya.
Apakah terjadi? Dapatkah Rudy Habibie mendapat apa yang diingini?Adakah ianya terputus di tengah jalan? Bagaimanakan cerita cinta Ilona dan Rudy? Inginkan jawapan kenalah nonton di pawagam yang berdekatan ye
Trailer RUDY HABIBIE (Habibie & Ainun 2)
OST RUDY HABIBIE (Habibie & Ainun 2)
Mata Air – CJR (OST. Film Rudy Habibie/Habibie Ainun 2)
Full Album OST RUDY HABIBIE (Habibie & Ainun 2)
Ini KP sharekan Trailer dan pelbagai lagu OST dalam Filem Rudy Habibie (Habibie & Ainun2 ) yang bakal menjadi HITs nanti didalam Malaysia. Seperti contoh KP sendiri terbawa-bawa menyanyi lagu Cakra Khan. Pastinya KP akan bawa BFF KP untuk turut sama menonton. Guess What KP menangis wokay sewaktu menonton filem ini apabila cinta sejati antara Rudy & Ilona. Oklah tak nak cerita lebih nanti tak boleh feel pula
#kitepunye #kitepunyedotcom #rudyhabibie #rudyhabibiedanainun2 #filemindonesia