Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Adakah anda akan membawa anak-anak anda ke panggung wayang untuk menonton filem terbaru?
Terutama sekali anak-anak yang berusia 3 tahun ke bawah?
Pastinya ingin bukan tetapi takut akan persekitaran dan juga persepsi orang lain sewaktu mereka berada di panggung wayang nanti bukan?
Ini KP ingin kongsikan berita terbaru buat anda semua agar boleh buang kerisauan itu jauh-jauh ye. Terutama sekali buat ibu-bapa yang memang gemar menonton wayang bersama anak-anak. Kali ini TGV Cinemas kembali dengan konsep terbaru iaitu Family Friendly. KP sungguh berbesar hati akan kesudian pihak TGV Cinemas menjemput kami sekeluarga untuk merasai sendiri konsep terbaru ini di TGV 1 Utama baru-baru ini.
Family Friendly, Apa itu ?
Konsep “Family Friendly” adalah konsep terbaru dari TGV Cinemas. Buat ibu-bapa yang memang suka menonton filem bersama anak-anak ini adalah berita baik untuk anda. Sambil kita menonton filem yang di tayangkan kita juga dapat memperkenalkan dunia pawagam kepada anak-anak , di pawagam mesra kanak-kanak hanya di TGV Cinemas. Konsep ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan selepas mengambil kira pendapat dan juga komen dari para penonton filem setia di TGV Cinemas.
Seperti soalan yang diutarakan diatas kebanyakkan ibu bapa jarang membawa anak-anak ke pawagam takut mengganggu mereka yang sedang atau bakal menonton nanti. Apabila konsep Family Friendly di perkenalkan anak-anak bebas bergerak sekitar dewan tanpa halangan dan ibu bapa tidak perlu risau dan gusar. T
Perbezaan TGV Cinemas Family Friendly
Pelbagai perubahan di buat agar ia dapat menepati dengan konsep yang bakal di perkenalkan. Perbezaan konsep Family Friendly dengan panggung wayang yang lain ialah lampu dewan akan dinyalakan sepanjang tayangan. Suara audio diperlahankan sedikit bagi keselesaan anak-anak agar mereka tidak takut. empat penyalinan lampin juga disediakan di dalam dewan bagi memudahkan ibu bapa supaya tidak perlu keluar dari dewan jika ada anak-anak yang lain. Dan yang paling menarik anak-anak bebas bergerak di dalam dewan, bermain, bertanya soalan atau apa sahaja di sini.
“Sesi ini adalah peluang yang terbaik bagi ibu bapa untuk meluangkan masa hujung minggu mereka bersama anak-anak dengan menonton wayang. Pelbagai pilihan tayangan dari filem blockbuster hingga ke cerita klasik kanak-kanak disediakan”, ujar Celesta Koay, selaku Ketua Perkhidmatan Pemasaran.
Video Pendapat tentang Family Friendly TGV Cinemas
Harga tiket Family Friendly
Harga tiket : RM10/tiket bagi dewasa dan RM5/tiket untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun. Kanak-kanak bawah 3 tahun masuk percuma
Lokasi TGV Cinemas Family Friendly
Bermula dari satu dan kini telah dikembangkan ke 10 cawangan di Lembah Klang (buat masa ini) mulai 2 Julai 2016 Antara cawangannya ialah
- TGV Cinemas Kepong
- TGV Cinemas Mines
- TGV Cinemas Cheras Sentral
- TGV Cinemas Shamelin
- TGV Cinemas Suria KLCC
- TGV Cinemas Sunway Putra
- TGV Cinemas Wangsa Walk
- TGV Cinemas Setia Walk
- TGV Cinemas Bukit Tinggi
Cawangan lain yang mempunyai konsep ini adalah
- TGV Cinemas Encorp Strand Mall
- TGV Cinemas Jaya Shopping Mall,
- TGV Cinemas Cheras Selatan,
- TGV Cinemas Sunway Pyramid,
- TGV Cinemas AEON AU2 Setiawangsa,
- TGV Cinemas AEON Bukit Raja,
- TGV Cinemas Aeon Rawang,
- TGV Cinemas AEON Tebrau City,
- TGV Cinemas AEON Bukit Indah,
- TGV Cinemas AEON Kulaijaya,
- TGV Cinemas Mesra Mall,
- TGV Cinemas AEON Seremban 2,
- TGV Cinemas AEON Kepong
- TGV Cinemas D’pulze.
Perlancaran TGV Cinemas Family Friend telah di raikan ” Ice Age: Collision Course Premiere Party: anjuran pihaj TGV Cinemas dan kolaborasi dengan pihak Twentieth Century Fox. Memang happening premiere party ini dengan pelbagai aktiviti yang diadakan seperti pop kuiz, aktiviti bergambar di photobooth, face painting, sand art dan yang paling penting candy buffet. Ini semua sebelum menonton filem Ice Age Collision Course.Di pintu masuk menikmati hidangan dan aktiviti sebelum menonton filem Ice Age Collision Course
Ok Ini yang menarik hati KP .. Candy buffet di set up mengikut filem ini
Coklat Kit Kat Tic Tac Coklat Lagi Butter Cookies
Coklat dan coklat dan coklat dan coklat Cupcakes pun ada
Ini KP sharekan trailer Ice Age Collision Course . Untuk movie review di entri yang lain ye .
Official Trailer
Apapun memang best menonton filem terbaru bersama anak-anak tanpa perlu risau dan gusar jika anak -anak bermain, berjalan di dewan dan yang paling penting bertanya soalan kenapa, mengapa, bagaimana, di mana mahupun apa.Matlamat TGV Cinemas adalah senantiasa membuatkan pelangan gembira dengan memahami keperluan mereka serta menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Moga TGV akan suskess dan syabas atas perlancaran ini .
#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #iceagecollisioncoursepremiereparty #TGVCinmeas #TGVCinemasfamilyfriendly #familyfriendly