FILEM KONGSI RAYA-CINTA 2 BUDAYA SPECIAL CNY NIE, BEST!

FILEM KONGSI RAYA-CINTA 2 BUDAYA SPECIAL CNY NIE, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Memang kite biasa melihat cinta antara dua budaya. Tidak kira budaya Melayu, Cina ,India mahupun Serani.

KONGSI RAYA

Filem Kongsi Raya dihasilkan oleh syarikat produksi 555 Filem Sdn Bhd. Jika di lihat dari barisan pelakon utama adalah Qasrina Karim dan Wilson Lee.

Dibantu pula dengan pelakon dan pelawak terkenal Harith Iskander, Erra Fazira , Chew Kin Wah dan Teddy Chin. Teddy Chin juga adalah pengarah untuk filem ini.

Teddy Chin memulakan kerjayanya sebagai pelakon namun kini beliau lebih terdorong untuk menjadi seorang pengarah. Ini merupakan filem pertama berbilang bangsa dan bahasa yang diarahkan oleh beliau.

SINOPSIS

Mengisahkan tentang percintaan antara Sharifah dan Jack yang dihalang oleh kedua-dua keluarga. Malah keadaan menjadi semakin rumit apabila kedua-dua bapa sebenarnya mempunyai isu.

Bapa Jack mempunyai restoran yang dimiliki turun- temurun dalam masakan hidangan Cina. Jack di ajar memasak dan bapanya ingin Jack mengambil alih tugasnya sebagai chef.

Manakala bapa Sharifah pula mempunyai program masakan dan juga seorang chef. Selalu mencari lokasi hidangan makanan yang sedap untuk dikongsi.

KENA HALAU!

Apabila Jack memberitahu ibu bapanya yang dia bercinta dengan Sharifah, bapanya tidak bersetuju dan menghalaunya keluar. Tanpa berpaling Jack terus ke rumah Sharifah meminta bantuan.

Terjadi insiden yang tidak disangka dimana Jack menyamar menjadi rakan karib Sharifah dengan memakai pakaian perempuan. Dari sini, bibit-bibit cinta mula menjadi erat hingga lah kejadian pertandingan memasak.

Apa yang terjadi dan adakah Jack dan Sharifah disatukan? Kenalah tonton sendiri tau di semua pawagam mulai 3 Februari 2022 yang berdekatan.

Filem Kongsi Raya ditaja oleh Cola-Cola dan disokong oleh rakan radio Astro, Antaranya ERA FM, HITZ FM, MY FM, SINAR FM, MELODY FM & GO XUAN. Filem ini diedarkan oleh GSC Movies Sdn Bhd. 

REVIEW

Jarang dikongsikan permasalahan hubungan cinta dua budaya. Masing-masing ingin pertahankan budaya sendiri. Mana mungkin setuju untuk berkahwin berlainan agama.

Suka dengan cara dan tutur watak Sharifah, lembut sangat berbicara. Hubungan keluarga Sharifah juga pasti ada yang idamkan. Arkab, rapat dan boleh berkongsi cerita mahupun pendapat

Lain pula dengan keluarga Jack dimana asyik pentingkan waris keluarga. Siapa yang akan ambil alih kalau bukan Jack. Bapa Jack tidak langsung setuju akan budaya lain.

Part paling best bila Jack tumpang di rumah Sharifah dengan menyamar sebagai kawan baiknya. Banyak insiden yang patut dah ‘kantoi’ tapi masih lagi tak. Itu agaknya kekuatan dalam filem ini.

Jangan miss satu babak/scene tau kalau tak rugi wei.. especially masa pertandingan memasak . Opss!

⭐⭐⭐⭐ /5

Untuk informasi lanjut layari di

Website GSC Movie|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge