NEW KUNG FU CULT MASTER 1 – BUAT PEMINAT KUNGFU BEST TAU!

NEW KUNG FU CULT MASTER 1 – BUAT PEMINAT KUNGFU BEST TAU! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda peminat kungfu tak? Angkat tangan cepat, nie ada berita baik untuk anda ye!

NEW KUNG FU CULT MASTER 1

Anda pernah baca The Heaven Sword and Dragon Saber? Ianya adalah novel wuxia klasik yang terkenal ditulis oleh pengarang bernama Louis Cha.

Bakal ditayangkan pada 1 Februari 2022 dimana sama tarikh dengan Tahun Baru Cina. Filem genre epic martial arts action ini bakal membuat anda tidak duduk diam apabila mereka bertarung.

Antara pelakonnya adalah Raymond Lam, Janice Man, Donnie Yen, Louis Koo dan juga Sabrina Qiu.

SINOPSIS NEW KUNG FU CULT MASTER 1

Selama beberapa dekad, semua pasukan didunia mempertahankan diri telah berjuang untuk dua senjata lagenda. Senjata lagenda iaitu Pedang Naga dan Pedang Syurgawi.

NEW KUNG FU CULT MASTER 1

Dikatakan ada rahsia besar didalam kedua pedang atau senjata ini. Senjata-senjata tersebut menjadi rebutan kerana dikatakan mempunyai rahsia besar.

Sesiapa yang memilikinya akan menjadi raja dalam dunia seni mempertahan diri.

RAJA SINGA EMAS

Xie Xun, ‘Raja Singa Emas’ dari Bahagian Ming telah menghapuskan semua musuh dengan merampas Pedang Naga. Adik angkatnya, Zhang Cui Shan dipaksa oleh Enam Bahagian Utama untuk memberitahu lokasi Xie Xun.

Kerana tidak berkerjasama, Cui Shan kemudian nazak dan mati setelah ditikam dengan Pedang Syurga yang Tiada Belas Kasihan Guru Bahagian Emei.

NEW KUNG FU CULT MASTER 1

Dalam kesedihan, tuan Chui Shan iaitu Wudang Zhang San Feng (Donnie Yen) menghalai Enah Mazhab Utama melalui kungfu-nya.

NEW KUNG FU CULT MASTER 1

Anak lelaki tunggal Cui Shan Zhang – Wuji (Raymond Lam Fung) dicederakan oleh Mahkamah Agung Duo Xuanming akibat ‘Xuanming Divine Palm’ mereka. Pelbagai cara cuba untuk dipulihkan tetapi tidak berjaya.

NEW KUNG FU CULT MASTER 1

Hanya dengan kuasa ‘Great Yang Stance’ saja dapat menyembuhkannya. San Feng telah menyimpan satu salinan ‘Scripture of the Great Yang’, dimana dia telah bersumpah untuk tidak membacanya lagi.

Untuk itu, dia memberi kesempatan untuk Wuji mencuri buku itu dan membawanya pulang kembali ke ‘Ice Fire Island’. Disana nanti Wuji pasti dapat mempelajarinya dibawah bimbingan Xie Xun.

NEW KUNG FU CULT MASTER 1

Apa yang terjadi selepas itu? Dapatkah Wuji mempelajarinya dan adakah dia akan membalas dendam atas kematian ayah dan ibunya? Kenalah saksikan sendiri.

NEW KUNG FU CULT MASTER 1

Jangan lupa tonton filem yang dibawa oleh Lotus Five Star dalam bahasa Kantonis ini di pawagam seluruh Malaysia bermula 1 Februari 2022 nanti. Tayangan awal akan bermula pada 31 Januari 2022 selepas jam 7 malam.

Jika anda peminat kungfu jangan lepaskan filem ini. Bukan senang untuk mempelajari seni kungfu ini tetapi jika didalam hati memang ingin belajar pasti tiada masalah.

Ada yang gunakan ia untuk perkara baik seperti mempertahankan diri ada pula merebut kuasa. Bila menonton terasa macam turut serta dalam pertarungan mereka.

Satu yang tidak dapat dilupakan ialah sinematogarfi-nya , memukau mata, cantik dan best lah!

⭐⭐⭐⭐ /5

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge