Festival Ramadan 2019 Star Avenue Subang Bistari Oleh Azadan Rabbani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Festival Ramadhan 2019 di Star Avenue Subang Bistari Dianjurkan Oleh Azadan Rabbani| Ramadan bakal tiba dalam kurang 8 hari . Macam mana dengan persiapan Ramadan tahun ini? Pastinya tak sabar-sabar kan! Berbuka puasa dengan mereka yang rapat dan tersayang. Kalau puasa selesai berayalah pula kite. Tapi macam mana dengan persiapan raya? Kalau nak keluar masa bulan puasa nie mesti penat, panas dan segalanya lah. Ha..Ini KP nak kongsikan antara tempat yang menarik untuk anda shopping.

Kalau anda berada di area Petaling Jaya, apa kata jom ke Star Avenue Subang Bistari. Dari 1 Mei 2019 hingga 1 June 2019 bakal diadakan Festival Ramadan anjuran Rabbani Resources, rakan penaja dan dengan kerjasama pihak Star Avenue Mall. Pihak penganjur adalah Rabbani Resources yang dimiliki oleh Ustaz Azadan Rabbani dan En. Khairul Faisal buat julung kali nya menganjurkan Festival Ramadhan 2019 di sini.Pelbagai aktiviti menarik bakal dijalankan sepanjang program antaranya Gerai Jualan pelbagai produk persiapan hari raya seperti baju raya, hiasan wanita, perabut, barang kemas, produk kecantikan, barang elektronik, gajet, kuih raya, makanan kesihatan dan banyak lagi.

Bukan setakat boleh shopping untuk persiapan raya tetapi juga ada aktiviti seperti Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim, Solat Terawih berjemaah, Moreh, Tadarus Al Quran, Bubur Lambuk dan Kuanter Zakat Fitrah.. Sekali sekala turun padang untuk turut bersama di bulan yang mulia insyallah besar ganjarannya. Pasti setiap karnival atau festival bakal diserikan dengan persembahan. Penampilan istimewa di Festival Ramadhan 2019 Star Avenue Subang Bistari daripada artis artis Popular sepanjang zaman seperti Dato Nasir Wahab, Rohana Jalil,Siti Fairuz,  Zaiton Samion, Farhan Af, Isma Af, Rabbani, Hijjaz, Inteam, Raihan, Putra Fawazz.

Tak nak kata lebih anda mesti singgah diFestival Ramadhan 2019 dan boleh dapatkan produk berjenama dengan harga istimewa seperti Baju melayu, Kurta, jubbah, tudung dan kuih raya. Untuk pengunjung bertuah pula bakal membawa pulang duit raya dan hamper raya. Tuah badan lah ye pergi shopping raya bawa balik duit raya. Pada yang nak tanya biar KP share dulu cabutan bertuah akan diadakan pada setiap hari sepanjang Ramadan ini.

Bagi rakan niaga yang ingin mendapatkan makluman detail berkaitan booth dan sebagainya bolehlah berhubung dengan wakil kami di talian 01161329179 atau 01132621042 atau layari Facebook dan Ig “Festival Ramadan”.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge