Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Festival Muzik Antarabangsa KL Jamm 2019 Di Mitec Kuala Lumpur|Music Unlimited International akan menganjurkan Festival Muzik Antarabangsa KL Jamm dari 26 April hingga 28 April 2019 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, Malaysia. KL Jamm bukan hanya mengenai konsert, tetapi juga merupakan satu acara perdagangan yang julung kalinya diadakan di Malaysia bagi merangsang pertumbuhan perniagaan muzik digital di rantau Asia Pasifik.
Pesta ini mengumpulkan artis serantau dan tempatan, individu profesional di dalam industri muzik, peminat dan
industri berkaitan di rantau Asia Pasifik. KL Jamm terdiri daripada beberapa komponen termasuk Forum, Pameran dan Konsert Secara Langsung. Komponen ini direka khas bagi menggalakkan dan meningkatkan kerjasama di kalangan komuniti kreatif dan perniagaan untuk mewujudkan sistem eko muzik yang bersepadu.
“MUSICXPO” merupakan satu segmen khas pameran perdagangan. Pavilion Kebangsaan, Label Muzik, Platform Muzik Atas Talian, Syarikat Teknologi, Institut Muzik, Barisan Jenama, Syarikat Pengurusan Bakat, Studio Filem dan banyak lagi dapat mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka ketika pameran berlangsung.
Ekspo tiga hari itu dibahagikan kepada dua bahagian di mana pada 26 April, ekspo itu dibuka untuk pelawat yang terbabit bagi sektor perniagaan dan perdagangan sahaja, manakala pada 27 April dan 28 April, ekspo itu dibuka khas kepada or perubahan landskap industri muzik sambil memanfaatkan semangat kerjasama untuk mengadaptasi amalan industri yang unggul bagi manfaat industri muzik serantau.
Pada masa yang sama, pentas APEX (Asia Pacific Music Exchange) adalah merupakan salah satu platform di MusicXpo diadakan bertujuan bagi mempamerkan bakat baru dari rantau Asia Pasifik dan berkongsi muzik mereka dengan peminat yang hadir.
“Festival Muzik Antarabangsa KL Jamm 2019 bertindak sebagai platform di mana artis dan peminat boleh menikmati muzik secara langsung, juga barisan ahli-ahli profesional industri boleh berkolaborasi antara satu sama lain dalam usaha besar mereka bagi menghasilkan jenama muzik mereka yang dapat menyatukan semua lapisan masyarakat. ”
-kata Dato’ Norman Abdul Halim, Pengarah Festival KL Jamm,
“Sebagai tahun pertama perasmian Festival Muzik Antarabangsa KL Jamm 2019 , kami berharap, usaha kali ini mendapat sokongan dari pelbagai pihak yang ingin menyaksikan industri muzik serantau berjaya. Saya percaya bahawa industri muzik di Asia masih hidup dan usaha sama sangat diperlukan bagi mengumpulkan seluruh artis hingga penerbit untuk merekodkan label mereka kepada syarikat berteknologi tinggi.
Semua usaha ini diadakan dan dikumpulkan di bawah satu bumbung yang juga menggabungkan pengetahuan, kepakaran, sumber dan kenalan dari negara serantau. Kami berusaha untuk memimpin dan mengembangkan ekosistem muzik Asia Pasifik, yang terdiri daripada industri muzik teras dan industri muzik berkaitan, ke skala global, ”
-kata Adam Ham, Ketua Pegawai Eksekutif Global Creative and Media Agency (GCMA), penganjur bersama KL Jamm Festival Muzik.
Menurut satu kajian yang dijalankan baru-baru ini, terdapat bahawa impak penjanaan ekonomi ekosistem muzik di Malaysia adalah antara RM12.2 bilion hingga RM13.4 bilion setahun. Kajian ini menunjukkan bahawa untuk setiap Ringgit yang dibelanjakan dalam industri muzik, dapat menghasilkan kira-kira RM2.20 penjanaan untuk ekonomi Malaysia.
Di samping itu, ekosistem muzik mempunyai impak nilai tambah (KDNK) antara RM5.5 bilion hingga RM6.1 bilion setahun. Industri teras menghasilkan 36% daripada impak KDNK industri muzik, manakala industri bersekutu menjana 64%, menggambarkan sumbangan ekonomi yang signifikan dalam industri berkaitan.
Sebagai salah satu daripada 40 pasaran muzik utama di dunia, dengan lapisan bakat baru yang pelbagai, masyarakat pelbagai bahasa dan kepelbagaian budaya, Malaysia berada pada kedudukan yang sangat baik untuk memainkan peranan yang strategik dan penting dalam mewujudkan hab muzik secara langsung di rantau Asia Tenggaradan pelancaran Festival Muzik Antarabangsa KL Jamm di 2019 adalah tepat pada masanya.
Jualan tapak dan lencana pass untuk MusicXpo dan Forumuzik kini dijual. Bagi yang berminat, boleh merujuk pertanyaan anda ke lavinesh@gcma.tv. Untuk maklumat lanjut mengenai festival ini, sila layari www.kljamm.com atau platform media sosialnya, KL Jamm, di Facebook, Instagram, TouTube dan Twitter.