FAYSAL KINI MUNCUL DENGAN SINGLE SAKSI, BEST!

FAYSAL KINI MUNCUL DENGAN SINGLE SAKSI, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mungkin ramai di kalangan peminat muzik tempatan tidak begitu mengenali pemilik nama Faysal Saad. Apatah lagi mungkin ramai yang beranggapan bahawa beliau adalah penyanyi yang masih ‘hijau’ di persada seni.

Namun bagi Faysal, bintangnya mula bersinar ketika dia memasuki Idola Kecil, apatah lagi ketika itu usianya baru menjengah 12 tahun. Merangkak, bertatih kemudian berdiri sendiri.

SINGLE SAKSI

Kini mampu menarik nafas lega kerana apa yang diimpikannya sudah menjadi kenyaatan. Dengan kemunculan single Saksi ini menjadi titik tolak untuk melangkah lebih jauh.

Bakat Faysal tidak harus di pandang ‘enteng’ kerana pengalamannya di bidang seni cukup banyak. Bukan setakat nyanyian tetapi juga dalam bidang lakonan.

Tidak hairanlah mengapa Faysal mempunyai ribuan peminat di pelbagai platform sosial media.

JUARA DEMI JUARA

Daripada Idola Kecil musim kedua prelude, juara Impress Your Idol 2020, Mikrofon Impian Season 2. Kemudian Juara Karaoke Superstar Astro Ria dan All Together Now Malaysia.

Kini mula melebarkan sayap seni dalam bidang nyanyian menerusi single Saksi!

FAYSAL KINI MUNCUL DENGAN SINGLE SAKSI, BEST!

KERJASAMA WARNO NSG ENTERPRISE

‘Saksi’ lahir dengan kerjasama Wamo NSG Enterprise, membawa tema kehilangan yang boleh difahamkan mengikut terjemahan masing-masing.

Sosial media banyak membantu saya mengetengahkan bakat nyanyian saya. Lagu Saksi ini
tercipta ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua di laksanakan.

Saya cukup meminati bidang nyanyian, malah hampir semua uji bakat saya sertai sejak kecil. Sehinggalah munculnya TikTok dan Instagram yang menjadi platform untuk saya lebih dikenali.

FAYSAL KINI MUNCUL DENGAN SINGLE SAKSI, BEST!

KEUNIKAN LIRIK DAN LAGU

Keunikan lirik dan lagu irama balada yang dihasilkan sebenarnya lebih di beri penekanan buat mereka yang kehilangan pasangan akibat COVID-19.

Namun ianya telah digubah agar selari dengan perasaan sebuah kehilangan.

Setiap orang ada kisah atau memori kehilangan masing-masing. Tidak kiralah kehilangan isteri, kerja, anak, kawan dan apa-apa sahaja yang menjadi kenangan.

Jadi tidak salah rasanya jika saya meluahkannya menerusi lagu. Saya berharap agar lagu ini di terima orang ramai.

-tambahnya.

IMIPKAN KOLABORASI DENGAN ARTIS LAGENDA

Jadual seni termasuk pementasan teater dan mempromosi SIngle Saksi-penuh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri

Malah beliau turut mengimpikan untuk berkolaborasi dengan seorang artis legenda yang baru-baru ini ada menyatakan hasrat itu setelah melihat bakatnya.

Youtube Warno NSG

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge