Farel Prayoga lancar Single ‘Lemak Manis’, bakal melangkah besar tembusi pasaran Malaysia dan Indonesia.
FAREL PRAYOGA
Penyanyi remaja sensasi Indonesia, Farel Prayoga yang berumur 15 tahun kembali mencuri perhatian apabila melancarkan single terbarunya. Ini sekali gus menandakan kemunculan rasmi beliau pada tahun 2025 dengan imej dan gaya muzik yang lebih matang.

Memulakan kerjaya sebagai penyanyi jalana dan meledak apabila video nyanyiannya tular di media sosial. Antara video covernya seperti “Tiara dan Satu Mimpi” tular di pelbagai platform hingga melonjakkan namanya seawal usia kecil.
PERSEMBAHAN DIHADAPAN PRESIDEN INDONESIA
Nama Farel kembali memuncak tahun 2022 apabila persembahannya membawakan lagu ‘Ojo Dibandingke’ lagu yang berbahasa Jawa. Persembahan dihadapan Presiden Indonesia, Jokowi sempena sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia mendapat liputan meluas.
Video tersebut bukan saja mendapat jutaan tontonan tetapi juga trending di seluruh dunia sehinggakan membawa nama Farel untuk dikenali lebih meluas. Bagi debut pula secara rasmi 2022, Farel Prayoga sudah merakamkan hampir 20 buah lagu di Indonesia.
“Itu merupakan antara kenangan paling manis dalam hidup saya. Bukan mudah untuk meraih kepercayaan Presiden Indonesia sendiri yang mahu melihat persembahan saya.’.
“Saya anggap ini rezeki yang baik dan tuah dalam memulakan perjalanan kerjaya seni. Harapnya ‘Lemak Manis’ turut akan membawa tuah saya di Malaysia.’
-sambung Farel
KOLABORASI MALAYSIA & INDONESIA
Rakaman semula ‘Lemak Manis’ merupakan hasil kerjasama antara Malaysia dan Indonesia yang dibawakan secara eksklusif oleh Indigital Music. Selaku penerbit, Indigital Music tertaik untuk memperkenalkan Farel ke pasaran lebih luas kerana percaya bakat yang ada dalam dirinya. Selain mempunyai potensi menjadi ‘bintang’ serantau masa hadapan.
Kolaborasi ini turut dilihat sebagai langkah strategik merentasi dua negara, memandangkan Farel sudah mempunyai jumlah peminat yang besar di Indonesia dan bakal menambat hati peminat di Malaysia.
MELODI MELAYU-POP
Ciri khas dan lenggok yang semula jadi ada padanya membuatkan ‘Lemak Manis’ nyanyian semula Farel lebih kena dengan melodi Melayu-pop. Transisi ini merupakan peralihan penting selepas Farel dikenali sebagai penyanyi lagu berbahasa Jawa termasuk karya yang pernah viral sebelum ini.
“Saya bersyukur kerana ‘Lemak Manis’ menarik perhatian pendengar sejak dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Peminat juga memberikan maklum balas yang baik dengan versi kali ini.

“Sebenarnya untuk merakamkan lagu ini bukan mudah dan ada cabaran tersendiri. Saya sendiri bersyukur kerana mendapat bantuan daripada pelbagai pihak sejak proses rakaman berlangsung,”
-kongsi Farel Prayoga
VERSI ORKESTRA
Mengakui cukup mengagumi cara nyanyian Roslan Madun yang merupakan penyanyi dan pencipta Lagu ‘Lemak Manis’, Farel mahu peminat di sini menerima versi okestra yang dibawakan kali ini.

INDIGITAL MUSIC
Sambutan awal terhadap ‘Lemak Manis’ sangat positif, didorong oleh peminat setia yang mengikuti perkembagan Farel Prayoga sejak awal termasuk golongan keluarga, remaja serta peminat muzik serantau. Kita yakin kepada bakat dan potensi besar yang ada pada Farel.
Kami berbesar hati untuk bersama-samany memulakan langkah di Malaysia. Kerjasam ini bukan yang pertama dan terakhir memandangkan kita sudah merancang beberapa lagu lain seterusnya membuka jalan untuk Farel melebarkan pengaruh di Malaysia.
