SELBIZ 2025 KEMBALI DENGAN TEMA ‘FESTIVAL INOVASI’

Barisan artis popular bakal hangatkan pentas Konsert Gempak di Selbiz 2025.

SELBIZ 2025

Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) kembali dengan edisi keempat yang bakal berlangsung dari 28 hingga 30 November 2025 di Shah Alam Convention Centre (SACC).

SELBIZ 2025

KRU STUDIOS

Bagi edisi tahun ini, KRU Studios Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai pengurus acara rasmi. Dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), penganjuran kali ini dijangka lebih meriah dengan pengisian pelbagai program strategik dan hiburan berkualiti tinggi.

MATLAMAT SELBIZ 2025

Menurut Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Yuzawati Yusof, SELBIZ 2025 disasarkan untuk terus menjadi platform utama pemadanan perniagaan antara syarikat multinasional, syarikat berkaitan kerajaan serta agensi kerajaan dengan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Matlamatnya bukan sahaja untuk pasaran domestik, tetapi juga bagi menembusi pasaran antarabangsa.

SELBIZ 2025

“Bertemakan Festival Inovasi dan pelbagai aktiviti yang telah dirancang, kami berharap SELBIZ 2025 akan menarik minat kehadiran lebih ramai pengunjung di samping menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam memajukan perniagaan PMKS,”

– ujar Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Yuzawati Yusof.

PENGISIAN BAHARU

Tahun ini, SELBIZ 2025 bakal melangkah lebih jauh dengan pengisian baharu dan menarik termasuk zon pempamer berteknologi tinggi, konsert imersif selama tiga hari, program “Family Fun Run”, pertandingan e-Sukan dan pelbagai aktiviti interaktif untuk seisi keluarga.

SELBIZ 2025

TARIKAN UTAMA

Antara tarikan utama tahun ini ialah Konsert Gempak SELBIZ yang bakal menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Adira Suhaimi, Black Hanifah, Nabila Razali, Zarul Umbrella dan ramai lagi.

SELBIZ 2025

Selain itu, pengunjung turut berpeluang menikmati persembahan istimewa maskot watak animasi popular seperti Didi & Friends dan Umar & Hana, di samping maskot baharu seperti Zan Orangutan dan Kikako Kids.

KELAINAN UNTUK TAHUN INI

Sementara itu, selaku Pengurus Acara SELBIZ 2025, Dato’ Norman Abdul Halim berkata, Kali ini menjanjikan kelainan dengan strategi penjenamaan serta kandungan program yang lebih segar.

SELBIZ 2025

“Di samping berhibur dan bersukan, pelbagai tawaran istimewa daripada pempamer dan hadiah cabutan bertuah buat pengunjung akan diumumkan dari semasa ke semasa,”

-Pengurus Acara SELBIZ 2025, Dato’ Norman Abdul Halim

INISIATIF STRATEGIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SELBIZ merupakan inisiatif strategik Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh BPU sebagai platform pemerkasaan pasaran, peningkatan daya saing serta perluasan jaringan perniagaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Pada tahun lalu, SELBIZ telah mencatatkan kejayaan besar dengan kehadiran lebih 36,000 pengunjung, penyertaan 200 usahawan, dengan hasil jualan melebihi RM3.55 juta.

Website SELBIZ 2025

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *