Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Essano Jenama Penjagaan Kulit Baru Produk Organik Dari New Zealand |Essano, produk organik nombor satu New Zealand adalah jenama penjagaan kulit baru telah memasuki pasaran di Malaysia. Ianya di sertai oleh pengasas bersama jenama itu sendiri iaitu En. Anthony Gadsdon. Dihasilkan daripada bahan semulajadi, dan telah disahkan oleh badan pemeriksaan dan pensijilan terbesar di dunia – EcoCert.

Essano diperkenalkan oleh En. Shane Young dan Mr. Anthony Gadsdo pada tahun 2013. Menggunakan kelebihan bahan-bahan dari alam semula jadi diilhamkan dari tumbuhan liar. Dari situ keputusan dihasilkan untuk mencipta produk penjagaan kulit organik yang dapat menyuburkan dan mencerahkan kulit. Ini juga memberikan hasil yang menakjubkan.Tiada bahan pengawet, tiada pewarna tiruan, tiada wangian, tiada minyak mineral, tiada bahan tercemar dan tiada pengujian terhadap haiwan.

“Nama (Essano) berasal dari gabungan Essence dan Sano. Kata Essence mewakili “intipati alam semula jadi” manakala Sano adalah perkataan Latin yang bermaksud “semula jadi” dan “sihat”.

-Mr. Anthony Gadsdo berkata

Pelancaran ini juga dirasmikan oleh wakil Guardian Malaysia dan New Zealand Trade & Enterprise (NZTE) melalui acara memotong reben selepas menyampaikan ucapan masing-masing.

Produk  dari Essano, termasuklah Rosehip Oil, Collagen Repair Serum, Rosehip Miceller Water, Rosehip Clay Mask dan lain-lain kini sudah boleh didapati di Guardian Malaysia.

Produk ini boleh didapati di farmasi Guardian dan juga di hypermarket yang berdekatan.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge