Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Duta Jus Kurma Najya Beauty – Ustaz Azadan Rabbani|Pejam celik pejam celik tidak sampai sebulan lagi bulan Ramadan akan tiba. Pastinya tidak sabar untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga. Bila tiba bulan Ramadan, satu-satunya makanan yang wajib ada didalam rumah mahupun diluar sewaktu berbuka adalah kurma. Pilihan berbuka puasa dengan kurma adalah sunat.
Kurma bukan lagi seperti dulu dengan mengambil seulas untuk berbuka puasa. Sekarang pelbagai produk dihasilkan dengan kurma seperti Jus Kurma. Najya Beauty tidak ketinggalan untuk turut serta melancarkan produk Jus Kurma dan seterusnya memilih Ustaz Azadan Rabbani sebagai duta.
“Pemakanan sunnah sekarang sudah kurang diamalkan. Dengan pelbagai gejala sosial melanda sekarang ini tidak termasuk anasir-anasir yang tidak baik menyebabkan jiwa tidak tenang. Tidak salah untuk mengamalkan pemakanan sunnah ini. Ia sebenarnya adalah amalan yang dijanjikan oleh Allah SWT untuk mereka yang mengamalkannya. Mana tahu dengan amalan pemakanan sunnah dapat membantu dalam kehidupan untuk menerima perkara-perkara yang positif didalam kehidupan. Tidak salah mencuba kerana mungkin hasilnya memberangsangkan
Saya memang ada impuan untuk menghasilkan jus kurma. Kalau dulu susah untuk mendapat tempat di mata masyarakat sekarang tidak lagi. Produk ini pernah laris ketika dulu dan sekarang tidak ramai yang menghasilkannya.
Pingback: #PROJEKMAHLIGAISYURGA Terima Kunjungan Ustaz Abdul Somad