Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Pilihan Hotel Seri Pacific KL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Pilihan Hotel Seri Pacific KL|Ramadan kini tiba lagi. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang untuk turut menghidangkan buffet Ramadan . Kali ini mengambil dengan tema yang bercirikan makanan tradisional mengikut citarasa masyarakat majmuk.

Konsep ini adalah konsep tema buffet ramadan sebelum ini dan diserikan lagi dengan pelbagai hidangan warna warni pastinya sedap dan lazat. Menariknya buffet ini terletak di tingkat 4 Atrium , tepian kolam renang dan aras lobi restoran zende

Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang terkenal mengikut 14 negeri-negeri di Malaysia (termasuk Wilayah Persekutuan) bermula dari Utara, Selatan, Timur hinggalah ke Barat Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.
Antara yang menarik adalah Warong Mee Padang Tembak,  Nasi Daun Pisang Uncle Chandra, Hinava Ginapan (Sarawak)dan Umai lkan Merah (Sabah).
Barisan chef yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur menjadikan gabungan kerjasama pasukan mantap yang diketuai oleh Chef Eksekutif Steven G. dan Chef Saad daripada dapur sajian Melayu untuk buffet kali ini. Antara menu utama yang sempat dirakamkan
Ini diantara hidangan yang dimasak dan disaji para tetamu di tepian kolam renang. Pilih sahaja menu yang mana nak ye seperti Sup Gear Box “Power” dan Sup Ekor Bakar,
ala-ala Shell In Pantai Remis ada juga dengan pilihan makanan seafood yang segar
ketam pun ada ye
Nie selepas di masak ye
Kambing Bakar Abang Burn pun ada
Pemanis mulut patut dicuba dimana bolehlah pelbagai jenis manisan seperti aneka kuih tradisional Melayu, kek-kek, mahupun bubur manis pelbagai.
Nampak cantik sayang pula dimakan.. biasanya berwarna pink .
Harga bagi buffet Ramadan Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman adalah: 
Dewasa :  RM120 ++
Kanak-kanak : RM 60++

Potongan harga istimewa bagi tempahan awal melalui sebelum 15 April 2019 ialah RM 90+ (dewasa) dan RM 45+(kanak-kanak).

Untuk membuat sebarang reservation : 03-4042 5555
Via Email : resv@seripacific.com
Website: https://www.seripacifichotel.com

Facebook : https://www.facebook.com/seripacificofficial/



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge