Durioo+ Kini Tampil Lebih Segar, Tawar Lebih 13000 Kandungan Video Berkualiti Dan Selamat.
DURIOO+
Aplikasi video kanak-kanak popular, Durioo+, baru-baru ini telah memperkenalkan wajah baharu yang lebih menarik. Kali ini bersama maskot rasmi baharu mereka, Duri.
Duri, merupakan seekor landak ‘hedgehog’ tau!
DUTA DURIOO+
Dengan kehadiran duta Durioo+, Alif Satar, pelancaran ini mengetengahkan pelbagai ciri baharu pada aplikasinya. Ini menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih menyeronokkan dan selamat untuk kanak-kanak.
PENGENALAN DUDEEN
Antara pembaharuan yang paling menarik ialah pengenalan DuDeen. Satu fungsi interaktif yang membantu kanak-kanak menghafal doa harian dan surah pendek.
APA TU DUMINIS?
Selain itu, aplikasi ini turut dilengkapi dengan DuMinis, iaitu mesej-mesej ringkas berkaitan nilai murni yang diselitkan sebelum setiap video.
Bagi memudahkan ibu bapa mengawal kandungan yang ditonton anak-anak, Durioo+ kini dilengkapi dengan ciri kawalan ibu bapa yang lebih menyeluruh.
Ibu bapa boleh menyesuaikan kandungan mengikut umur, minat, dan bahasa pilihan anak-anak mereka.
PEMBAHARUAN HASIL MAKLUM BALAS
“Kami sentiasa berusaha untuk memberikan kandungan yang berkualiti dan selamat. Sambil memudahkan tugas ibu bapa dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai Islamik,”
-kongsi pengasas bersama Durioo+, Nuown Zainal
DURIOO+ SHOWTIME & MINA MILA
Peminat siri animasi Mina Mila dan Durioo+ SHOWTIME! juga boleh bersiap sedia kerana kedua-dua program ini akan kembali dengan musim baharu pada Ramadan ini.
Musim baharu ini bakal menampilkan personaliti terkenal seperti Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad dan artis antarabangsa Zain Bikha.
Sejak pelancarannya pada Februari 2022, Durioo+ yang mendapat sokongan Y Combinator W22 dari Silicon Valley. Kini menawarkan lebih 13,000 video merangkumi pelbagai genre.