Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dumpling Kings & Phuture Daging Kerjasama Hasil Plant Based Dumpling|Anda biasa dengan hidangan makanan Cina? Jika ya mesti anda tahu salah satu hidangan iaitu dumpling. Dumpling sesuai dimakan dengan cara goreng, steam mahupun dimakan bersama sup. Bertanya pada isi dumpling, ada pelbagai isi dumpling seperti ayam, daging, udang mahupun ketam. Kebiasaan yang KP pernah cuba adalah ayam dan daging.
Pernah terfikir tak menikmati hidangan dumpling daging tetapi berasaskan tumbuhan. Dalam erti kata lain ‘vegetarian’. Kini Phuture Daging selaku pengeluar daging berasaskan tumbuhan telah berkolaborasi bersama Dumpling King. Bakal membuka outlet pertama di Malaysia “Plant-Based Dumpling” dimana ianya 100% Halal dari segi menu mahupun hidangan daging berasaskan tumbuh-tumbuhan.
DUMPLING KINGS
Bakal melancarkan outlet pertama di Lembah Klang pada hujung tahun 2020, memberikan pengalaman baru dalam pemakanan dumpling. Dimana ianya memberikan pilihan baru iaitu dumpling daging berasaskan tumbuhan. Dengan adanya pilihanini dapat memenuhi citarasa buat penggemar dumpling terutama Muslim dengan pilihan yang pelbagai dan sihat.
“Our collaboration with Phuture Daging maximises nutritional values in our dumplings . Moreover, our dough is handmade fresh by authentic dumpling chefs. We’ve seen an increased demand and awareness of plant-based food in Malaysia. Especially since the COVID-19 pandmic has impacted the food logistics network, raising health and food safety concerns. However, current plant-based dining spaces are limited and less accessible.
-kongsi Lyn, pengasas bersama (co-founder) Dumpling Kings
“Consumers have increasing awareness and Malaysia’s enterprising youth are willing to build on this. With our best practices in sourcing, financing, and marketing in place and backed by the foodtech experts at Phuture Daging, we at Dumpling Kings can work with aspiring entrepreneurs to grow the local plant-based sector”.
-kongsi Shawn pengasas bersama (co-founder) Dumpling Kings
PHUTURE DAGING
Antara pelopor untuk industri Vegan Meat Malaysia dimana merupakan syarikat halal makanan daging berasaskan tumbuhan pertama di Malaysia. Bersedia untuk menceburi bidang makanan daging berasaskan tumbuh-tumbuhan. Selain itu memberi sokongan kepada petani tempatan untuk menjadikan ianya sebagai sumber utama penghasilan makanan.
Datin Maziah Binti Omar selaku pengurus besar Phuture Daging menyatakan perkongsian ini menjadi satu permulaan bagi memberikan penyelesaian untuk makanan daging halal berasaskan tumbuh-tumbuhan di pasaran Malaysia. Daging berasaskan tumbuh-tumbuhan oleh Phuture Daging adalah diproses mengikut piawaian halal dimana ianya dikawal selia oleh Bahagian Penasihat Halal Phuture Daging diketuai oleh Pn. Norlia Binti Yusof.
Antara hidangan yang sempat KP nikmati sewaktu seisi perkenalan hidangan adalah
Dumpling Mushrooms:
Dumpling Mushroom With Handmade Ramen
Dumpling Chives With Japanese Pearl Rice
Dumpling Kimchi
Dumpling Chilies
Steamed Dumpling With Chilies
Chilies Cucumber & Potato Slices , Chiled Peanut Beancurd Carrot , Korean Kimchi , Spicy Sour Kelp
Tak sabar nak rasa lagi hidangan masakan dumpling daging berasaskan tumbuhan apabila outlet dibuka nanti. Best of luck kepada kedua pihak terutama Phuture Daging kerana memahami kehendak citarasa dengan memastikan ianya halal 100%. Untuk Dumpling King pula kerana berkerjasama dalam menghasilkan hidangan yang enak
The future of the food is here already.
Tekkaus recently posted…Xiaomi Mi 10 Youth Doraemon Edition Smartphone