DRAMA HAWA DI ASTRO RIA TENTANG FAMILI, BEST KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Istimewa buat peminat drama Melayu tempatan, dua buah naskhah baharu menampilkan karya asal dengan genre yang berbeza. Bakal dihidangkan secara ‘back-to-back’ untuk menghiburkan malam anda pada setiap hari Isnin hingga Khamis di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Drama ‘Hawa’ terbitan Infinitus Productions Sdn. Bhd yang mengangkat genre kekeluargaan bakal mengambil alih slot Megadrama pada jam 10.00 malam bagi menggantikan drama ‘Cik Ayu Mee Sanggul’ bermula 24 Ogos 2021.
PELAKON DRAMA HAWA
Drama ‘Hawa’ dibintangi oleh Nadiya Nisaa yang memegang watak sebagai Hajah Saadah atau Along, Ruzana Ibrahim (Fauziah/Angah), Bella Dowanna (Raudah/Acu). Ada juga Hamidah Wahab (Hajah Imaan), Donna Muslim (Musa), Akmal Abdullah (Azizah), Shah Faris (Naim) dan Yusri Saleh (Haji Ali)
SINOPSIS DRAMA HAWA
Drama ‘Hawa’ yang mengandungi 9 buah episod ini berkisarkan tentang kehidupan Along yang menjadi huru-hara selepas suaminya, Haji Ali koma. Merumitkan lagi keadaan apabila munculnya isteri kedua Haji Ali. Sementara itu, ahli keluarganya yang lain iaitu Hajjah Iman, Angah dan Acu pula mempunyai masalah mereka sendiri.
Berdasarkan trend semasa, audiens sasaran kami khususnya penggemar drama Melayu tempatan cenderung kepada genre yang bersifat universal. Selain romantik, komedi dan aksi, genre kekeluargaan dan seram merupakan antara yang mudah menarik perhatian penonton.
Pada hemat kami, walaupun formula ini sering diguna pakai secara berulang kali, ia akan kekal popular asalkan sudut naratif dan penceritaan tidak klise dan membosankan. Buktinya, setiap kali genre-genre tersebut diterapkan sebagai intipati utama yang menggerakkan keseluruhan cerita.
Ia pasti mendapat sambutan yang luar biasa dan tidak pernah mengecewakan. Sehubungan dengan itu, buah tangan terbaharu Astro Ria menerusi naskhah ‘Hawa’ yang bertemakan kisah famili.
ISTIMEWA DRAMA HAWA
Sudut penceritaan drama ‘Hawa’ yang mudah difahami serta dekat dengan kehidupan harian masyarakat diharap dapat memancing audiens dari segenap lapisan. Syabas saya ucapkan kepada kedua-dua syarikat produksi yang berjaya menghasilkan drama berkualiti seperti ini untuk disajikan kepada penonton. Semoga terhibur!”.
“Keistimewaan naskhah ‘Hawa’ terletak pada penceritaannya yang dilihat relevan dan ‘relatable’ sekaligus menjadikan ia dekat dengan hati penonton. Tema drama bersiri ‘Hawa’ adalah famili. Walaupun tidak sependapat dan sering bertelagah. Kita tidak akan sesekali membelakangi famili terutama sekali apabila dilanda musibah.
Selain itu, drama ini juga turut menampilkan barisan pelakon yang berjaya menterjemahkan watak mereka daripada skrip ke skrin dengan berkesan.
KONGSI TAM SUHAIMI
Drama ini menampilkan sutradara dan aktor berbakat Tam Suhaimi selaku pengarah dan penulis skrip. Manakala bekas aktres yang kini lebih selesa bergerak aktif dengan kerja di belakang tabir sebagai pengarah dan penulis skrip, Baizura Kahar turut menyertai Tam sebagai panel skrip.
Menghasilkan drama sewaktu pandemik amat mencabar. Namun situasi tersebut menjadi pendorong kepada pihak produksi untuk tampil dan berfikir secara lebih kreatif bagi memberi kelainan untuk setiap babak.
PENGGAMBARAN SEWAKTU PKPP
Oleh kerana penggambaran drama bersiri Hawa dilakukan ketika fasa PKPP, terdapat beberapa babak yang perlu diolah. Agar ianya selaras dengan SOP yang telah ditetapkan. Pihak produksi juga turut mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan tenaga kerja diutamakan pada setiap masa.
Pengalaman menyiapkan penggambaran drama ‘Hawa’ telah mengambil masa lebih kurang 35 hari memberi pengalaman yang cukup berharga dan menyeronokkan. Besar harapan saya agar drama ‘Hawa’ dapat menerima maklum balas positif dan respon yang baik daripada para penonton.”
-kata Tam Suhaimi, Pengarah ‘Hawa’
Jangan lupa saksikan di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Untuk pilihan yang lebih fleksibel. Boleh juga strim di Astro Go atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi