DRAMA DANNY KESINAMBUNGAN PADA CINTA RAMADAN BEST KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jika menonton drama atau telefilem Melayu, banyak platform boleh ditonton. Antaranya di Astro Prima. Dah tonton Cinta Ramadan tak? Kalau dah ini ada drama menarik!
DRAMA DANNY
Astro Prima dengan berbesar hati membariskan dua buah naskhah khas dari Singapura. Bertemakan cinta tulus penuh keinsafan berjudul ‘Cinta Ramadan’ dan ‘Danny’ untuk mengisi slot Tiara.
Ditayangkan di saluran 105 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang. Boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
KESINAMBUNGAN PADA CINTA RAMADAN?
Drama rantaian ‘Danny’ pula merupakan sekuel kepada telefilem ‘Cinta Ramadan’. Menyaksikan perkembangan watak Danny dalam meniti kehidupan selepas berubah sekaligus membina hubungan cinta baharu.
Sharnaaz Ahmad masih lagi dikekalkan untuk membawa watak yang sama di samping pengenalan watak-watak baharu yang dibintangi oleh Elfaezah Ul Haq, Nadia M Din, Dayang Balqis, Taufiq Salleh, Junaidi Sali dan Sarah Aqilah.
DRAMA BERKUALITI UNTUK ASTRO PRIMA
, “Kandungan drama berkualiti merupakan antara kekuatan dan formula tarikan utama yang dipertaruhkan untuk memancing hati audiens agar terus setia memilih Astro.
Justeru, setiap pilihan kandungan yang ditayangkan perlu bersandarkan kepada keunikan genre, plot, kaedah penyampaian dan garapan yang disulam sempurna untuk dekat dengan citarasa seluruh lapisan masyarakat.
Kedua-dua naskhah ini telah mendapat sambutan yang amat baik sewaktu disiarkan di Singapura.
Bukan itu sahaja, lakonan dua teraju utama drama ‘Danny’ iaitu Sharnaaz Ahmad dan Elfaeza Ul Haq turut diiktiraf sewaktu acara Pesta Perdana 2015 menerusi anugerah Pelakon Terbaik dalam Watak Utama (Drama Bersiri) untuk kategori lelaki dan wanita
Selain dicalonkan dalam lima lagi ketegori termasuk Drama Bersiri Terbaik. Sehubungan dengan itu, besar harapan kami agar penceritaan dalam kisah kali ini mampu mendapat perhatian audiens di Malaysia pula. Semoga terhibur!”.
– ulas Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima
SINOPSIS DRAMA DANNY
Mengisahkan tentang perjalanan kehidupan Danny selepas pemergian Natrah. Danny cuba untuk melupakan Natrah dengan melanjutkan pelajarannya sambil cuba memulakan perniagaan kecil.
Dalam usaha untuk mengimbangi dua dunia tersebut, Danny jatuh hati pada Sarah, seorang usahawan muda yang bakal mengambil alih syarikat ayahnya. Sarah tidak tumpah seperti Natrah, setiap sisi dan perangainya mengingatkan Danny pada Natrah.
Sebaik Danny berjaya menandatangani sebuah kontrak yang lumayan, Danny berniat untuk menghantar ibu dan bapanya mengerjakan ibadah Umrah.
Walau bagaimanapun, kejayaan perniagaan Danny membawa dirinya hanyut kembali ke kancah maksiat. Ini ditambah lagi dengan kehadiran Liana, isteri kepada rakan baik Danny, Hosni.
Hosni mula mengesyaki Danny sedang berselingkuh dengan isterinya. Perselisihan ini membawa kepada kehidupan Danny sekali lagi diambang kesusahan.
Mampukah Danny menyimpan cinta Sarah dan kepercayaannya juga dalam masa yang sama. Adakah Danny bakal mengulangi dosa lamanya?
Jangan lepaskan peluang untuk menonton naskhah hebat ‘Cinta Ramadan’ dan ‘Danny’. Selamat Menonton!