DOLLA WAKILI MALAYSIA – PAPAN IKLAN NY TIMES SQUARE THE BEST!”

DOLLA WAKILI MALAYSIA – PAPAN IKLAN NY TIMES SQUARE THE BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bakat-bakat Malaysia terus mengharumkan nama negara di mata dunia.

Terbaharu, kumpulan nyanyian wanita tempatan Dolla pula muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

DOLLA

Penampilan Dolla yang mewakili negara Malaysia pada papan iklan terkenal. Ianya adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

KEMPEN EQUAL

EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin menjalin kesamaan wanita lewat audio.

Selain itu memperjuangkan kesamaan dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.

Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara.

Di mana Dolla sebagai wajah hadapan merupakan wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.

Terdapat juga senarai lagu terbaik global EQUAL atau the”best” EQUAL Global Playlist. Ianya menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.

BERBAKAT KE?

Dolla yang terdiri daripada empat anak gadis berbakat. Terdiri dari Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel begitu teruja saat mendapat khabar berita ini.

“Kami tak mampu nak luahkan perasaan kami sekarang. Ia satu penghormatan yang besar buat sebuah kumpulan nyanyian seperti kami yang baru hendak bertatih.

Kami harap kami akan dapat terus memenuhi harapan para peminat ,”

– jelas Sabronzo selaku wakil kumpulan tersebut.

PENAMPILAN BERANI?

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2019 . Mula menggegar industri muzik tempatan dengan penampilan mereka yang agak berani. Serta gaya persembahan yang mengagumkan.

Bersenjatakan gerak tari yang lincah dan gaya penampilan fesyen yang sensasi. Kumpulan ini terus meraih pengikut dengan jenama muzik kontemporari yang mereka persembahkan.

Selepas menerajui carta muzik tempatan dengan single pengenalan mereka ‘Dolla Makes You Wanna’, kumpulan ini terus mencuri perhatian penggemar muzik tanah air.

Mereka kemudian melancarkan lagu, ‘Impikan’, berserta versi Bahasa Inggerisnya, ‘Watch Me Glow’, pada Oktober 2020.

‘Impikan’ berjaya mendapat satu juta tontonan di YouTube kurang daripada dua minggu. Jua meraih perhatian media tempatan serta antarabangsa di samping rantau Asia Tenggara dan Korea.

HEAL

Mereka juga mengambil bahagian dalam sebuah lagu kerjasama anjuran ABS-CBNFilipina berjudul HEAL. Sebuah kolaborasi bersama 13 artis-artis Wanita di Asia Tenggara.

RAYA, RAYA , RAYA

Pada tahun 2021, DOLLA juga sempat mengeluarkan ‘Raya Raya Raya’. Sebuah lagu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Lagu tersebut telah meraih empatj uta tontonan di YouTube.

Baca : DOLLA MUNCUL DENGAN LAGU RAYA, BEST KE? (kitepunye.com)

Dolla juga merupakan artis Malaysia ketiga yang ditampilkan di papan iklan New York Times Square selepas Yuna, dan bintang baharu Layla Sania bulan lalu.

Youtube DOLLA

SIARAN MEDIABersenjatakan gerak tari yang lincah dan gaya penampilan fesyen yang sensasi, kumpulan ini terus meraih pengikut dengan jenama muzik kontemporari yang mereka persembahkan.Selepas menerajui carta muzik tempatan dengan single pengenalan mereka ‘Dolla Makes You Wanna’, kumpulan ini terus mencuri perhatian penggemar muzik tanah air.Mereka kemudian melancarkan lagu, ‘Impikan’, berserta versi Bahasa Inggerisnya, ‘Watch Me Glow’, pada Oktober 2020. ‘Impikan’ berjaya mendapat satu juta tontonan di YouTube kurang daripada dua minggu dan meraih perhatian media tempatan serta antarabangsa di samping rantau Asia Tenggara dan Korea.Mereka juga mengambil bahagian dalam sebuah lagu kerjasama anjuran ABS-CBNFilipina berjudul HEAL, sebuah kolaborasi bersama 13 artis-artis Wanita di Asia Tenggara. Pada tahun 2021, DOLLA jugasempat mengeluarkan ‘Raya Raya Raya’, sebuah lagu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Lagu tersebut telah meraih empatjuta tontonan di YouTube.Dolla juga merupakan artis Malaysia ketiga yang ditampilkan di papan iklan New York Times Square selepas Yuna, dan bintang baharu Layla Saniabulan lalu

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge