Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman Terima Anugerah The Jewels of Muslim ’19| Pastinya anda tertanya-tanya siapakah beliau? Apakah sumbangan beliau yang melayakkan untuk mendapat anugerah ini? Anugerah ini khas dimana untuk tahun ini 6 orang sahaja didalam dunia menerimanya. Kalau nak tahu lebih lanjut jom baca apa yang ingin dikongsikan.
Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman merupakan pengasas Financial Genius Group ({FGG). Pelbagai kejayaan telah dikecapi pada usia yang sangat muda. Dari kecemerlangan yang diperolehi, pengiktirafan demi pengiktirafan di terima seperti Top CEO Award 2004, Youngest Million Dollar Producer, Youngest Agency Manager (CIMB) dan yang terkini Anugerah The Jewels of Muslim World 2019.
Dato’ pernah berkhidmat di syarikat konvensional seperti CWA dan Manulife. Bermula dari umur 21 tahun terlibat dalam industri kewangan pelbagai pengalaman ditimba. Kerana mempunyai impian dan cita-cita tinggi selain ingin bekerja sendiri tertubuhlah syarikat FGG.
Dato’ sewaktu berjumpa, tidak menyangka sama sekali yang beliau terpilih di antara mereka yang dicalonkan. Malah anugerah ini amat istimewa kerana cuma 6 orang sahaja yang terpilih untuk tahun ini. Pastinya segala cabaran dan dugaan yang dilalui mendatangkan hasil dan tidak menyangka hingga ke antarabangsa hingga menerima Anugerah The Jewels of Muslim ’19.
Pameran dan Persidangan Muslim World Biz ini adalah anjuran Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Dan tahun 2019 merupakan edisi ke-9 penganjurannya. Antara fokus utama didalam persidangan ini adalah Forum Meja Bulat yang telah mengangkat tema “Fortifying Muslim Youth Leadership in the Face of Adversity” .
Selain itu Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 juga merupakan salah satu usaha bagi mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan pencapaian individu bagi meningkatkan ekonomi umat Islam antarabangsa. Acara yang berlangsung selama 3 hari bermula daripada 4 hingga 6 September 2019 ini telah menyaksikan kehadiran delegasi daripada pelbagai negara yang terdiri daripada pemain-pemain industri, ahli-ahli perniagaan dan individu-individu yang berhasrat untuk memberi sumbangan dalam dunia keusahawanan dan komuniti Islam global.
Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman telah dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk “Fundamental Components to Forge 21st Century Leaders” dihadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam. Sesi penyampaian tersebut telah berlangsung selama satu jam bermula jam 3:45 petang tadi. Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman turut berkongsi beberapa tips penting dan rahsia untuk membentuk pemimpin Abad-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini.
Financial Genius Group (FGG) dibawah pimpinan Dato’ juga turut tidak ketinggalan dalam mengambil peluang ini untuk memperkenalkan organisasi ini kepada umum dengan menyertai pameran yang diadakan. Melalui acara seperti ini, diharap FGG mampu melebar luaskan lagi pengaruh dan sayap serta akan lebih dikenali di peringkat global sebagai organisasi perancangan kewangan terbaik dunia. Memang sepatutnya Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman di jadikan contoh dan tauladan bagi para usahawan-usahawan muda di luar sana.
Wahhh tahniah dato’ sri mahadi atas pencapaian yang membanggkan.