Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dapatkan Koleksi Hello KittyXGuardian Mulai 1 Feb 2018 |Siapa peminat Hello Kitty angkat tangan cepat ?? Siapa peminat kite geng walaupun kite dah dewasa tetapi hati kanak kanak masih ada lagi . Berkesempatan untuk turut serta dalam pelancaran koleksi Hello KittyXGuardian baru-baru ini membuatkan KP tidak sabar lagi untuk membeli belah di cawangan Guardian

Guardian Health and Beauty Sdn Bhd dan Hello Kitty kali ini berkolaborasi bersama untuk memberikan kepuasan dan keseronokan buat para peminat Hello Kitty dan produk mereka secara tidak langsung. Selain itu ia juga mengukir senyuman untuk mereka tidak kira golongan muda mahupun tua ye (kerana masih ada jiwa kanak-kanak ye). Para peminat yang berminat untuk mengumpul koleksi yang di reka khusus ini , boleh dapati di semua cawangan Guardian Malaysia mulai 1 Feb 2018
Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr. Soren Lauridsen,
“Inisiatif pemasaran unik ini diadakan untuk menggembirakan para pelanggan dan peminat karakter popular Hello Kitty. Dua koleksi ini telah direka sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Wanita Sedunia yang bakal disambut pada 8 Mac nanti. Oleh itu, barangan ini akan dikeluarkan dalam dua fasa, masing-masing dengan set barangannya tersendiri. Kami yakin bahawa barangan comel ini bakal menambat hati pelanggan dan peminat. Bukan sahaja rekabentuknya yang eksklusif, ia turut ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, iaitu RM25 dan ke bawah.”
Rangkaian barangan Hello KittyXGuardian
“Hello Kitty Celebrates”– Bermula dari 1 Feb hingga 7 Mac 2018. Barangannya ialah selimut, kusyen, buku nota dan penanda buku di reka sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina
 “Hello Kitty Hello Confidence,” – Bermula dari 8 Mac hingga 18 April 2018 .Barangan terdiri daripada beg tote, beg makan tengah hari, beg kosmetik dan beg komputer riba. Yang special nya kali ini ada 2 warna boleh dipilih iaitu ungu dan merah jambu yang membawa mesej “cinta”, “ceria” dan “semarakkan cinta” sempena  Hari Wanita Sedunia.
Tiket Hello Kitty Town
 
 Bersempena dengan pelancaran koleksi ini, Guardian Malaysia menawarkan lawatan ke Hello Kitty Town dan peluang bertemu Hello Kitty kepada para pelanggannya di selatan tanah air. Pelanggan yang membuat pembelian sebanyak RM150, termasuk mana-mana barangan Hello Kitty di stor-stor Guardian terpilih, akan berpeluang untuk menerima dua tiket percuma ke Hello Kitty Town. Tiket adalah terhad.
Jangan lupa untuk membeli mana-mana daripada tujuh barangan yang ditawarkan, pelanggan hanya perlu berbelanja RM20 termasuk mana-mana produk jenama penaja atau RM30, sekiranya tanpa barangan penaja.
 Layari Facebook Guardian : https://www.facebook.com/GuardianMalaysia/

 



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge