Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cowok Baru Lagu Kontroversi Dato Aliff Syukri Dengan Siapa?| Siapa yang tak kenal dengan Dato’ Sri Aliff Syukri!!. Suka berkongsi apa yang dilakukan seharian di laman sosial media tidak kira tentang bisness mahupun keluarga. Hobi yang sebelum ini gemar menyanyi bertukar menjadi realiti dimana bakal bergelar penyanyi. Antara lagu yang pernah dihasilkan seperti ‘Abang Nak Tegur’, ‘Bobo Di Mana’, ‘Agama Kedamaian, dan ‘Jom Raya’.
Kali ini kembali hangat dan kontroversi bila Dato’ Sri Aliff Syukri memuat naik lagu Cowok Baru. Ada yang suka dengan melodi dan lagu kali ini. Ada juga yang kecam dengan video klip yang dihasilkan.
Buat anda semua yang belum tahu,lagu ini dihasilkan sepenuhnya oleh Dato’ Sri Aliff Syukri sendiri. Kali ini lagu Cowok Baru bakal dipasarkan oleh DATU Entertainment dan bakal diperdengarkan ke pasaran Indonesia. Dengan menggunakan kepakaran yang ada bagi menjayakan single ini dimana DATU Entertainment sebelum ini pernah menembusi pasaran Indonesia menerusi lagu ‘Siti Bilang Cuti’.
Cowok Baru
Lagu ini adalah lagu nyanyian Dato’ Sri Aliff Syukri bersama Lucinta Luna dan Upiak. Pihak DATU Entertainment bakal memasarkan lagu ini ke 50 stesen radio di Indonesia dan pada yang sama akan mengadakan pelancaran lagu ini di Jakarta,Indonesia. Penggambaran video klip ini dijalankan di bandaraya Jakarta Indonesia. Konsep video klip ini di arah sendiri oleh Dato’ . Walaupun mengalami pelbagai cabaran dan rintangan sewaktu menyiapkan proses ini, ia tidak mematahkan semangat Dato’ untuk menyiapkan dalam tempoh yang singkat dan ditetapkan
Lagu Cowok Baru ini boleh didengarkan melalui platform Digital Streaming seperti Youtube,, Spotify, Apple Music, ITunes, Joox dan Kkbox mulai 21 Ogos 2019. Ingin memuat naik turun sebagai nada dering pun ada menerusi syarikat komunikasi sendiri.
Jadi apa lagi jangan lupa untuk dengar sendiri lagu baru dari Dato’ Sri Aliff Syukri . Tiada tarian lucah seperti video klip yang lepas cumanya sewaktu sidang media ini 2 penyanyi yang turut berkolaborasi tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Suka betul ko dengan si alep ni kan.. hahaha
Ada lagu baru lagi ye.. tahniah..
Kak Sue recently posted…Kelas Renang Untuk Sekeluarga di Swim Rush Academy
hehe ada lagu baru lagi pulak ye..
Hehehehe..sedap ke idok lagu dia? Tapi dia ni jenis tak kisah kan..sedap tak sedap belakang kira..janji cita2 dia tercapai..hehehe
Eh dah ada lagu baru dah ya. Zaza belum dengar lagi. Kadang2 suka jgk tgk ig dato ahaha gila2 je orangnya.. Seronok tgk bebelan dia tu
Okay, first time dengar lagu baru dia.
Okay, sedap la juga dari yang sebelum ni.
😄😄😄😄
Bagi orang lain tak tau la sedap ke tak, janji dia niat nak bernyanyi terlaksana kan.
Tak pernah dgr lg lagu dia ni
Lagu baru Dato Aliff ni boleh tahan juga…tapi banyak betul kontroversinya
Macam2 DAS ni dah buat. Tak kisah org kata apa kan.